Tuesday, 28 November 2017

Modul 4.1 Slack Wanita

Entri 140

Teks & Foto : Munirah Yusoff




Mencabar betul nak buat pola slack. Terutama bahagian cawat. Sebab bila semua garisan dah bersambung, semak semula ukuran, terlebih dalam 4 inci. Jadi, kena kecilkan ukuran bahagian paha dalam 2 inci di pola depan dan belakang.

Bermula sesi padam garisan tengah yang asal dan buat garisan baru. Kena pula buat kira-kira semula untuk bahagian bukaan kaki.

Mujur masa akhir kelas, sempat potong pola dan surih. Nak menyurih kat rumah, mood dah ke laut. 












Monday, 27 November 2017

Modul 3.7 Rumah Butang Kemeja

Entri 139

Teks & Foto : Munirah Yusoff


Baru siap lubang butang kemeja. Tak belajar dalam kelas sebab tak ada mesin. Pilihannya sama ada buat sendiri atau hantar kedai. Konon nak buat sendiri guna mesin portable Singer, tapi sebab takut tak jadi dan takut rosak mesin mak, hantar saja ke kedai.

Kedai pertama saya pergi, Kedai Alat-Alat Jahitan Wan Hasnah, Greenwood. Sederet dengan bengkel kereta Michelin, Greenwood, lorong menghala ke Kampung Padang Balang, depan sikit lagi dari Kedai Jahit Pamili.







Harga murah juga, RM 2 untuk 12 lubang butang. Cuma saya lupa nak buat tanda lubang di bahagian leher dan pergelangan tangan. Disebabkan tukang jahit tu dah balik, bawa juga  ke Kedai Alat-Alat Jahit Perniagaan SG LINNA, Sri Gombak.

1 lubang butang RM0.30. Jadi, 3 lubang butang yang tertinggal tu, terpaksalah tambah RM0.90. Tapi tak apa, janji siap dan memang kemas.

Wednesday, 22 November 2017

Modul 3.6 Tangan 'Cuff'

Entri 138 

Teks & Foto : Munirah Yusoff

Misi yang terakhir? Oh tidak!

Masih belum siap. Hanya dapat buat tangan berkedut, Cuff dan jahit hujung blouse saja. Jahit tepi lubang lengan macam tak berani nak buat. Takut jadi kes buat blouse minggu lepas. Sampai terjahit tepi lengan sekali.

Dan lubang kemeja, kena pergi kedai. Mesin jahit portable Singer ada je fungsinya, tapi nak tengok la dulu orang kedai buat macam mana.










Masalah kecil masa buat Cuff :
  •      Jahit kedutan.

Tersalah faham arahan dari cikgu. Sepatutnya kena biarkan lebihan benang, untuk tarik kedut tu.
Tapi yang saya faham, biarkan benang lebih di jarum mesin. Terpaksalah jahit semula. Mujur tekanan benang nombor 5, senang nak tetas.

  • 2. Sambung bahagian cantik dengan cantik.

Ini paling buat fungsi otak kena fikir panjang. Bab kain kosong ni, dalam dan luar kadang-kadang nampak sama je. Kena cuba jaya peniti kain dan buat lipatan untuk pastikan cara sambungan betul.

Bukan apa, mimpi ngeri kalau kerja kena menetas benang. Asalnya benda senang, boleh jadi makan masa semata-mata nak tetas.









.
.
.


Yang pasti, benda kecil ni jadi penyebab untuk tak biarkan diri kata 'asal boleh, asal jadi' tapi kualiti hancur.

Penting kualiti kena seiring dengan pengalaman.

Tuesday, 21 November 2017

Modul 3.5 Cantum Baju Kemeja

Entri 137

Teks & Foto : Munirah Yusoff

Hari ni sambung cantum baju kemeja bahagian depan dan belakang kemeja, kolar dan lengan. 


Kolar kemeja agak senang walaupun nak buatnya banyak langkah.


Cara nak cantum kolar kemeja.


Hasil akhir bila dah cantum kolar kemeja.

Hasil bila dah cantum bahagian kolar kemeja.

Wednesday, 15 November 2017

Modul 3.4 Kolar Kemeja


Entri 136

Teks & Foto : Munirah Yusoff

Dah siap sambung bahagian bahu kemeja, lukis pola untuk buat kolar dan 'stand'.

Cuma cikgu tunjuk potongan kain satu-satu dulu. Senang nak faham berapa ukuran basi, nak cantum macam mana, nak jahit yang mana.

Sambil cikgu tunjuk, ambil gambar. Ada bahagian yang terlupa nak ambil.




Masa ambil ukuran leher, tegangkan  bahagian leher untuk dapatkan
ukuran yang tepat.

Pola Kolar dan Stand Kemeja.

Lipat segitiga Kain Gam. Pola di tekap menyerong. 

Tekap Kertas Gam pada kain.
Basi 1/2 inci keliling.




Untuk bahagian Stand, gosok bahagian atas sahaja.


Jahit 1/4 inci di bahagian atas lipatan Stand.

Bahagian Kolar perlu ada dua.
Basi keliling 1/2 inci di kiri, kanan dan bawah, 1 inci di bahagian atas.
Cantum kedua-duanya.

Jahit keliling tepi (tak kena kain gam) bahagian kiri, atas dan kanan sahaja.

Cantum Kolar dan Stand.




Kolar dan Stand yang dah siap bercantum


Nampak macam kejap je nak buat. Tapi bila cantum tu, buat lambat sikit sebab buat satu-satu. Alhamdulillah menjadi lah juga. :D



Modul 3.3 Jahit Rumah Butang Kemeja

 Entri 135

Teks & Foto : Munirah Yusoff

Alhamdulillah selesai bahagian yang mudah sikit untuk kemeja ni.

Buat lisu, jahit rumah butang dengan cantum bahu kemeja. Masih dalam mood bertenang lagi.

Hihi.
Buat dart bahagian belakang.

Lipat bahagian butang 1 inci, dua kali (kiri dan kanan bahagian depan kemeja).
Lipatan yang pertama, gosok dulu.
Lipatan kedua jangan tindih tempat di surih.

Jahit halus di bahagian lipatan untuk butang.

Bahagian rumah butang yang siap dijahit.

Bahagian rumah butang yang siap dijahit.



Cantum bahagian bahu untuk depan dan belakang kemeja.

Dah siap, baru buang lebihan kain (lipatan butang) di bahagian lubang leher.

Bahagian leher kemeja yang sudah dibuang
lebihan lipatan rumah lubang.