Saturday, 26 September 2015

Pusat Bantuan Cyber999 - Cara membuat aduan

ENTRI 9

TEKS: MUNIRAH YUSOFF

FOTO: CYBER999





Dengan kemajuan teknologi yang semakin meluas, ada di antara kita yang menjadi mangsa jenayah siber. Statistik daripada CyberSecurity Malaysia, melalui Pusat Bantuan Cyber999 mencatatkan sebanyak 7399 insiden keselamatan siber yang dilaporkan oleh mangsa bermula Januari hingga Ogos 2015.

            Mungkin di antara mereka yang menjadi mangsa, masih tidak mengetahui dimana aduan patut dibuat untuk melaporkan kejadian jenayah siber yang mengancam keselamatan atau privasi mereka.

Pusat Bantuan Cyber999
Cara membuat aduan atau laporan INSIDEN KESELAMATAN SIBER ke Pusat Bantuan Cyber999 (Perkhidmatan CyberSecurity Malaysia):
  • Aduan melalui laman web kami, sila klik di sini : Borang
  • Aduan melalui e-mel, sila hantarkan ke cyber999@cybersecurity.my. Sertakan juga maklumat berikut (jika berkenaan) dalam e-mel anda:
    • Punca insiden
    • Destinasi insiden
    • Pangkal e-mel yang berkenaan (Email header)
    • Fail log (Log files)
    • Tarikh dan waktu kejadian
  • Aduan melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS), hantarkan ke 15888

    Sila nyatakan deskripsi ringkas insiden yang ingin dilaporkan dan hantarkan SMS ke 15888 menggunakan format teks seperti berikut: 
Taip *CYBER999 REPORT* *E-MEL ANDA* *ADUAN ANDA* kemudian hantar ke 15888
  • Aduan melalui telefon :
    • Semasa waktu bekerja, sila dail 1 300 88 2999
    • Jika ada kecemasan keselamatan siber selepas waktu bekerja atau semasa cuti umum, sila dail atau SMS ke nombor ini +6019 266 5850 (24 jam) 
  • Aduan melalui faks : 
Sila hantarkan ke +603 8945 3442 semasa waktu bekerja dan sila gunakan borang ini.

Waktu bekerja: 9.00 pagi hingga 6.00 petang, Isnin hingga Jumaat.
Waktu cuti: Sabtu, Ahad, cuti umum Persekutuan dan cuti Negeri Selangor.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web berikut:
Pusat Bantuan Cyber99



No comments:

Post a Comment