Saturday, 31 October 2015

Pencetus Semangat Untuk Berniaga

ENTRI 65

TEKS: MUNIRAH YUSOFF
SUMBER: SINAR HARIAN (25/10/2015)
FOTO: CARIAN GOOGLE


Sama ada anda:
  1. Suri rumah sepenuh masa atau separuh masa
  2. Masih mencari pekerjaan
  3. Yang bekerjaya tapi mahu mencari pendapatan sampingan
  4. Yang bekerjaya tapi mahu berhenti kerja dan menumpukan perhatian pada bisnes
  5. Yang mahu berbisnes tapi masih tidak nampak ke mana hala tujunya
       Saya harapkan point yang ingin saya sampaikan ini, bukan saja sebagai peringatan kepada diri sendiri, malah sebagai pencetus semangat kepada semua:
  1. Keluarga terutamanya ibu, ayah, suami dan anak-anak sebagai pendorong utama untuk mengecapi impian.
  2. Kisah sedih bukan asbab untuk tidak berjuang demi masa depan.
  3. Jika kehilangan suami, pertama, daripada terus bersedih dan menangisi takdir hidup, bangun semula dan bertindak demi masa depan yang lebih selesa untuk anak-beranak.
  4. Kekuatan seseorang tidak terletak pada kemampuan fizikal, tetapi datang dari semangat yang tidak pernah mengalah. 
  5. SUCCESS IS THE JOURNEY NOT THE DESTINATION.
  6. Ada masa kita jatuh tetapi kita perlu kuatkan semangat siri untuk bangun semula.
  7. Sentiasa positif, tidak mudah mengalah dan fokus pada cita-cita dan impian untuk mencapai kejayaan hari ini.
  8. Didikan dan asuhan daripada kecil akan menjurus kepada disiplin dan jimat cermat.
  9. Banyak orang berniaga selalu tak mencapai apa yang diidamkan kerana asyik bertukar perniagaan apabila setiap satunya menemui kegagalan.
  10. Untuk berjaya dalam bisnes:
  • Ada minat yang mendalam dalam bidang yang diceburi. Tetapi ia tidak cukup kerana minat boleh berubah-rubah apabila ada halangan atau dugaan mendatang.
  • TIDAK MUDAH MENGALAH
  • BUAT SAMPAI MENJADI
       Semoga ia menjadi perkongsian yang mampu mencetus semangat kita untuk memulakan bisnes  atau apa saja yang ingin dicapai dan berjaya. Insya Allah.

Friday, 30 October 2015

Jualan Gudang Karangkraf Akhir Tahun 2015

ENTRI 64

TEKS: MUNIRAH YUSOFF
FOTO: MUNIRAH YUSOFF





 Ini kali pertama saya ke jualan gudang anjuran Karangkraf. Tapi motif ke sana bukan untuk membeli novel. Rasanya zaman aktif membaca novel dah tak serancak dulu, kecuali novel dari penulis Ramlee Awang Murshid atau yang berunsur seram sahaja menjadi pilihan. Kebanyakkan buku di jualan gudang adalah novel-novel lama serendah RM 3, majalah-majalah serendah RM 2 dan juga buku-buku baru dengan potongan serendah 25%.


          Ramai juga yang hadir pada sebelah pagi walaupun hari ini adalah hari pertama. Alhamdulillah kebetulan dapat tempat letak kereta betul-betul depan pintu masuk khemah jualan. Jadi tak adalah penat sangat nak berjalan jauh dengan dua plastik penuh dengan buku. :D






       Ini pakej majalah 3 dalam 1, keluaran November 2015 untuk dapatkan percuma 1 tudung. Ada lagi 3 pilihan tudung berjenama. Adlina Anis adalah salah satunya, 1 jenama Neng Guilis, lagi 2 tak ingat apa. HeHee.


        Tote Bag Karangkraf saya beli di dalam kedai bangunan HQ. Hajatnya mahu membeli ini saja, tapi rezeki pula bila nampak kotak HIJABISTA EDISI TERHAD OKTOBER 2015. Masa keluar akhir bulan lepas di kedai MyNews, tak sempat nak beli. Pergi pagi masa hari keluar, katanya petang baru sampai. Bila dah datang petang, walaupun ada lantai, orang kedai pula kata dah habis. Dan bila dah jumpa disini, terus saya beli. Katanya lebihan masa promosi belian melalui Whatsapp, tapi ada orang yang tak datang tuntut, jadi mereka buka jualan seperti biasa di HQ. ^_^

  

        Bagi yang suka membaca novel dan majalah, jualan gudang ini memang berbaloi untuk dapatkan bahan bacaan yang di inginkan. Mungkin lain kali, saya mahu buat senarai buku yang ingin di beli, dan datang ketika jualan gudang di adakan. Boleh juga berjimat.
 

Tuesday, 27 October 2015

Jaga Perhubungan Dengan Pelanggan

ENTRI 63

TEKS: MUNIRAH YUSOFF
FOTO: MUNIRAH YUSOFF


Selepas beberapa bulan saya tidak aktif menjual secara online, saya kembali aktif di grup jualan Facebook dan Instagram. Dalam masa seminggu, saya sudah mendapat seorang pelanggan yang membeli tudung Aidijuma. Stok yang saya ada, adalah stok lama ketika di beli pada awal tahun 2015.

            Biarpun hanya 2 helai dan sedikit sahaja untung, perasaan apabila kita melayan dan mendapat maklum balas yang baik daripada pelanggan itu sudah cukup baik untuk permulaan. Bagaimana mahu menjaga hubungan dengan pelanggan ketika proses jual beli di jalankan? Ini antara apa yang saya lakukan:
  • Panggilan diri – Jika pelanggan (semua pelanggan saya adalah wanita) yang memulakan perbualan melalui Whatsapp, saya akan memanggilnya ‘Sis’. Kadangkala bergantung juga pada pelanggan, jika dia menggunakan panggilan seperti saya-awak atau kakak-adik, saya ikut sahaja. Cuma saya tetap bahaskan diri saya sebagai saya.
  • Nama – Kadangkala pelanggan tidak memberitahu namanya di awal perbualan. Biasanya saya akan bertanya selepas 2 atau 3 pertanyaan telah dijawab atau ketika memberi makluman untuk pembayaran.
  • Produk – Untuk pengesahan barang yang di buat oleh pelanggan, saya akan menghantar kembali gambar (bagi corak tudung) atau senarai (bagi novel preloved). Ini untuk mengelakkan berlaku salah faham ketika pelanggan membuat pembayaran dan tidak menghantar barang yang salah.
  • Harga – Biarpun kita sudah meletakkan harga produk dan caj pengeposan, pelanggan biasanya akan meminta kita untuk membuat jumlah akhir. Walaupun saya rasa agak leceh, tetapi saya akan sertakan nama produk, harga dan jumlahkan ia. Ini supaya pelanggan dapat melihat kos yang perlu di bayar setelah pengesahan.
  • Tarikh Pembayaran dan Pengeposan – Pembayaran dalam masa 24 jam atau 48 jam adalah tempoh waktu yang saya berikan kepada pelanggan. Dan pengeposan akan di jalankan setelah pembayaran telah di terima. Jika tiada pembayaran di buat, tanya kembali dan maklumkan jika masih berminat. Apabia tiada respon, khabarkan secara baik bahawa produk itu akan di buka semula untuk jualan.
  • Maklum balas – Setelah pengeposan dilakukan, hantarkan gambar slip pos secara penuh dan jelas.  Minta pelanggan untuk maklumkan kepada anda jika barang selamat tiba di tangannya. Ini adalah salah satu cara untuk anda jadikan sebagai testimoni pelanggan. Testimoni adalah penting untuk meningkatkan kepercayaan bakal pelanggan terhadap anda.


Menjual secara online memerlukan kita menggunakan bahasa yang betul, tidak kira samada menggunakan media sosial (Facebook dan Instagram) atau aplikasi telefon seperti Whatsapp. Masing-masing tidak nampak bagaimana emosi di sebalik perbualan. Jangan sampai orang melihat kita seperti marah atau sindir walaupun sebenarnya ia tidak berlaku.

Monday, 26 October 2015

Fail USB Menjadi ShortCut

ENTRI 62

TEKS: MUNIRAH YUSOFF
SUMBER: The Windows Club
FOTO: MUNIRAH YUSOFF

Baru-baru ini kakak saya bertanya bagaimana mahu mendapatkan kembali fail di dalam USB. Ini kerana, fail utama menjadi ikon shortcut. Sudah lama saya tidak menghadapi permasalahan ini, jadi memang saya sudah lupa. Apa yang saya ingat, kena buang fail autorun.exe.

         Dan seperti biasa, kerana tidak pasti dan mahu mencari jawapan yang betul, saya bertanya kepada Encik Google (biasalah dunia di hujung jari :D ). Di bawah ini saya tunjukkan langkah-langkah yang perlu di lakukan.

1. Pastikan anda mengetahui drive letter  USB anda. Sila buka My Computer > Devices and drives


2. Contoh fail yang terdapat ikon shortcut


3. Buka Command Prompt
    Ada 2 cara:
  •  Di ruang Search (Windows Icon) > Taip RUN > Taip CMD

  • Di ruang Search (Windows Icon), taip Command Prompt 


4.  Pergi ke Folder C:\Windows\System32

  • Daripada C:\Users\User
-          Taip cd \windows
-          Taip cd system32
  • Taip attrib -h -r -s /s f:\*.*
-          Penting : f:\*.* - Jika devices name USB anda adalah e: atau d: atau g: , tukarkan f kepada devices name USB mengikut apa yang terpapar di skrin My Computer itu.

5. Setelah selesai, di USB anda akan terpapar 2 folder. Di USB ini, segala fail daripada shortcut icon  akan berada di dalam folder tidak bernama.
*Mungkin anda akan dapat yang berlainan daripada saya.


Semoga nota kecil ini mudah di ikuti dan di fahami. Semoga bermanfaat kepada anda yang mengalami masalah seperti ini. ^_^

Saturday, 24 October 2015

Asas Penulisan

ENTRI 61

TEKS: MUNIRAH YUSOFF
FOTO: MUNIRAH YUSOFF


Menulis setiap hari walaupun sedikit dan ringkas, ia boleh menjadi satu terapi. Terapi untuk kita berfikir mencari idea serta melatih penulisan menjadi lebih teratur dan santai.

    Untuk mendapatkan pembaca yang menyukai penulisan kita, ia tidak muncul dalam masa sehari. Tetapi konsisten kita untuk menyampaikan informasi yang berguna, menjadikan pembaca semakin seronok untuk membaca.

    Saya ringkaskan bagaimana asas penulisan kita mampu menarik minat pembaca untuk mengunjungi blog, website atau media sosial kita.

1. Menulis dengan santai.
Walaupun tidak menggunakan Bahasa Melayu penuh dan tidak terlalu akademik, tulis dengan santai dan menggunakan bahasa yang betul.

2. Tidak syok sendiri.
Bahasa yang tunggang langgang akan memening pembaca. Awasi pengguna tanda bacaan sepeti titik, koma dan tanda seru. Gunakan di tempat yang betul.

3. Berinformasi dan menyelesaikan masalah
Sama ada menggunakan media sosial (Facebook, Twitter atau Youtube) dan blog serta website, pembaca mahukan sesuatu yang boleh memberi manfaat kepada mereka.

Ringkas tetapi padat adalah fokus utama yang pembaca mahukan. Tidak perlu panjang berjela, asalkan maklumat sampai. Seperti mana kita membuat karangan semasa di Sekolah dahulu, asah kemahiran setiap hari.

Sediakan satu buku untuk menulis catatan harian. Tulis dalam bentuk point, barulah mudah untuk kita kembangkan penulisan.

Friday, 23 October 2015

Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Laptop Terkena Air?

ENTRI 60

TEKS: MUNIRAH YUSOFF
SUMBER: OK COMPUTER SOLUTIONS (OKCS)
FOTO: CARIAN GOOGLE



Kebiasaannya kalau kita gunakan laptop, mesti ada makanan atau minuman sebagai peneman. Nak-nak lagi kalau tengah 'layan movie'. Bukan setakat itu, letaknya pulak di sebelah laptop.

      Kalau yang jenis cermat, selamatlah laptop dari tumpahan cecair. Tapi yang jenis kelam-kalut, apa cerita? Selamat ke? Atau jadi bahan pameran?

      Tumpahan cecair yang terkena pada laptop sebenarnya akan merosakkan motherboard. Bayangkan motherboad macam jantung kita. Kalau terkena renjatan eletrik atau petir, sama ada kita masih diberi peluang untuk hidup atau kita akan mati.

      Di sini saya kongsikan perkara-perkara yang anda perlu lakukan jika laptop terkena air (sumber daripada OKCS ):

1) Off kan dulu laptop

Jika tertumpah air ketika laptop masih on, off dahulu laptop. Walaupun anda ingin menguji laptop anda sama ada masih boleh on atau tidak, sebenarnya ia tidak membantu. Sebaiknya biarkan ia dalam keadaan off.

2) Tanggalkan komponen laptop

Tanggalkan adapter charger dan bateri laptop supaya tiada aliran kuasa elektrik sampai terus ke motherboard. Kemudian anda boleh terus buka komponen-komponen yang lain sehingga tinggal motherboard laptop sahaja. 

         Kalau anda sudah biasa buat, tiada masalah. Tetapi kalau anda tak berani nak buka, boleh hantar terus kepada yang pakar.

3) Sedut keluar cecair

Jika ada pembersih vakum dengan penyedut muncung kecil, boleh digunakan untuk menyedut cecair terutama pada lubang tertentu seperti lubang power jack, usb port dan lain-lain. Kalau tiada, anda boleh buat secara manual, caranya adalah sediakan mangkuk kecil di sebelah anda, kemudian sedut pada lubang-lubang yang dimasuki air tersebut. 

     Ingat, lepas anda menyedut, pastikan anda meludah ke dalam mangkuk kecil tadi bagi mengelakkan tertelan sebarang jenis bahan kimia mekanikal dari motherboard laptop anda.

4) Keringkan motherboard

Taburkan semangkuk beras nasi ke atas motherboard laptop anda. Biarkan selama 48 jam. Jangan sesekali menggunakan pengering rambut, kerana ia akan merosakkan chip ic dalam motherboard. 

    Kalau mahu gunakan kain atau tisu, pastikan tiada sebarang benang yang terlekat pada motherboard, dikhuatiri motherboard laptop anda shock selepas anda on semula laptop.

5) On semula laptop

Bersihkan motherboard dari beras nasi yang ditabur sebelum ini, jika masih terdapat wap-wap air, keringkan terus dengan kain bersih. Dengan memasukkan kapas pengorek telinga dalam lubang-lubang seperti power jack dan usb port, dapat membantu mengukur jumlah lembapan yang masih tinggal. 

       Jika masih kelihatan basah, boleh masukkan beberapa beras nasi ke dalam lubang tadi, kemudian biarkan dalam sehari lagi. Jika betul-betul sudah kering, anda boleh pasang semula laptop anda dan cuba on kan. Jika masih berfungsi, alhamdulillah. Jika tidak, anda boleh menghantar laptop ke kedai komputer.

    Sebaik-baiknya elakkan sebarang makanan dan minuman diletakkan berdekatan laptop. Laptop anda selamat, kos untuk penggantian selamat, malah emosi anda pun selamat dari sebarang tekanan. :D

Wednesday, 21 October 2015

Kisah Peniaga Sarapan Pagi Dengan Basikal

ENTRI 59

TEKS: MUNIRAH YUSOFF
FOTO: MUNIRAH YUSOFF

Saya tidak ingat dari tahun bila penjual sarapan pagi dengan basikal (namanya: Abang Ali) bermula. Tapi yang saya masih ingat ketika memasuki darjah 1, tahun 1993 sudah ada.

    Selalunya seawal 6.30 pagi sudah bunyi loceng (loceng seperti penjual roti bermotor atau roti bhai) sehingga jam 9 pagi Abang Ali berada di kawasan perumahan saya.

      Semasa bersekolah pagi dan ketika bekerja, jika tidak sempat bersarapan di rumah dan bertembung dengannya, saya akan membeli kuih-muihnya.

     Antara sarapan yang terkenal dan cepat habis adalah kuih lopes, nasi lemak, nasi impit kuah kacang atau kuah lemak, karipap dan kuih 'bom'. Cuma sekarang kuih lopes dan nasi impit tidak di jual.

    Biar sekadar berbasikal dan hanya menjual sarapan pagi, sampai sekarang sudah hampir 25 tahun masih lagi berniaga. Tanpa perlu fikirkan minyak kenderaan atau sewa tapak.

    Semoga kisah ini memberi pandangan baru bagi kita yang ingin memulakan bisnes tanpa modal yang besar.
   

Tuesday, 20 October 2015

8 Langkah Mudah Melindungi Komputer Daripada Virus

ENTRI 58

TEKS: MUNIRAH YUSOFF
FOTO: MUNIRAH YUSOFF
SUMBER: MICROSOFT WINDOWS


Terdapat beberapa langkah pencegahan yang boleh diambil untuk membantu melindungi komputer anda daripada virus dan ancaman lain.

1. Menggunakan aplikasi anti-malware.
  •  Pasang aplikasi anti-malware
  • Sentiasa up-to-date
  • Aplikasi anti-malware mengimbas virus, spyware, malware dan lain-lain yang cuba untuk memasuki ke dalam e-mel anda, sistem operasi, atau fail.
  • Ancaman baru boleh muncul setiap hari, jadi periksa laman web pengeluar antimalware yang sering untuk maklumat terkini.

2. Windows Defender
  •  Perisian anti-malware percuma termasuk dengan Windows
  • Anda boleh mengemas kini secara automatik melalui Windows Update.
  • Lawati senarai pembekal perisian keselematan pengguna  untuk mencari aplikasi antivirus yang bekerja dengan Windows.

3. Jangan buka mesej e-mel dari penghantar yang tidak dikenali, atau lampiran e-mel yang anda tidak kenal.
  •  Banyak virus yang melekat (attach) pada mesej e-mel dan akan merebak sebaik sahaja anda membuka lampiran.
  • Langkah yang terbaik,  tidak membuka sebarang lampiran kecuali ia sesuatu yang anda menjangkakan.

4. Menggunakan pop-up blocker pada pelayar web Internet anda.
  •  Pop-up adalah tingkap pelayar kecil yang muncul di atas laman web yang sedang anda lihat. Walaupun sebahagian besar yang dicipta oleh pengiklan, mereka juga boleh mengandungi kod berniat jahat atau tidak selamat.
  • Penyekat pop-up boleh mencegah sesetengah atau semua tingkap ini daripada muncul.
  • Turn-on by default.

 5. Pastikan Windows dikemaskini.
  • Dari semasa ke semasa, Microsoft mengeluarkan kemas kini keselamatan khas yang boleh membantu melindungi PC anda.
  • Kemas kini ini boleh membantu mencegah virus dan serangan malware lain dengan menutup lubang-lubang keselamatan mungkin.

6. Gunakan firewall.
  • Windows Firewall atau mana-mana aplikasi firewall yang lain boleh membantu memberitahu anda tentang aktiviti yang mencurigakan jika virus atau cacing cuba untuk menyambung ke PC anda.
  • Ia juga boleh menghalang virus, worm, dan penggodam daripada cuba untuk memuat turun aplikasi yang boleh membahayakan PC anda.

 7. Gunakan tetapan privasi pelayar Internet anda.
  • Sesetengah laman web mungkin cuba untuk menggunakan maklumat peribadi anda untuk pengiklanan disasarkan, penipuan dan kecurian identiti.

8. Kosongkan cache Internet dan sejarah penyemakan imbas anda (browsing history).
  •  Kebanyakan pelayar menyimpan maklumat tentang laman web yang anda lawati dan maklumat yang anda berikan, seperti nama dan alamat anda.
  • Sentiasa kosongkan maklumat peribadi apabila anda menggunakan PC awam dan tidak mahu untuk meninggalkan maklumat peribadi di belakang

Tetapan Pelayar Internet Explorer



Tetapan Pelayar Google Chrome








Monday, 19 October 2015

Gambar Yang Cantik, Memikat Hati

ENTRI 57

TEKS: MUNIRAH YUSOFF
FOTO: MUNIRAH YUSOFF



Tidak di nafikan bahawa gambar memainkan peranan yang penting bagi sesuatu produk. Tanpa gambar yang bagus, sebagus mana pun produk anda, mungkin sekilas pandang sahaja orang melihatnya.

            Ketika saya mengambil gambar untuk tudung yang dihasilkan sendiri, saya meminta rakan baik untuk menjadi model. Tempat yang saya pilih pula di Taman Layang-Layang, Kepong. Waktu itu sudah hampir jam 10 pagi, matahari panas pula makin memancar terik.

            Masing-masing tiada pengalaman mengambil gambar model atau menjadi model. Saya main redah sahaja, kononnya untuk jimat wang tidak mahu mengeluarkan kos yang banyak. Hasilnya memang tidak memuaskan, tetapi saya tidak salahkan rakan. Semuanya gara-gara saya yang mahu membuat sendiri fotografi itu.

            Jadi, saya selidiki lebih mendalam bagaimana gambar-gambar produk di pasaran terutamanya yang melibatkan tudung dihasilkan. Dan penelitian yang saya perolehi, antaranya:
  • Pencahayaan – Kelengkapan di studio adalah bagus jika mahu mengambil gambar di ruangan tertutup. Jika mahu mengambil gambar di luar, pastikan bukan ketika matahari terik (8 pagi – 10 pagi atau 5 petang – 7 petang).
  • Jelas – Gambar seperti tudung, sebaik-baiknya di ambil dari paras kepala hingga pinggang bagi jarak dekat. Jika mahu gambar penuh, tidak terlalu nampak ‘jauh’ hingga menenggelamkan apa yang ingin ditonjolkan.
  • Warna – Warna produk di dalam gambar seharusnya tidak lari jauh dari produk fizikal. Ia melibatkan teknik pencahayaan supaya pelanggan tidak rasa tertipu.
  • Butiran - Jika tudung ada nilai tambahan seperti corak, manik atau renda, tonjolkan gambar yang lebih dekat. Ini membolehkan pelanggan untuk menilai kehalusan susun aturnya.
  • Latar Belakang – Untuk menonjolkan produk, seharusnya latar belakang adalah kosong (putih). Jadikan produk sebagai fokus utama.Namun boleh sahaja jika mahu, asalkan bukan latar belakang yang tidak diperlukan. 

     Bukan semua kerja kita mampu buat seorang diri, tetapi itu tidak bermakna kita harus mengabaikannya. Cubalah mengambil tahu, namun serahkan pada yang pakar. *Macam iklan tv pula* ^_^

            

Bisnes Tanpa Modal, Jual Apa Yang Ada

ENTRI 56

TEKS: MUNIRAH YUSOFF
FOTO: MUNIRAH YUSOFF



Soalan - Bisnes tanpa modal. Peliknya. Habis, kalau tiada modal, macam mana mahu berbisnes?
Jawapannya – Selain daripada dropship, jual sebahagian barang yang anda ada, kumpulkan untuk menjadi modal.

Soalan - Jual barang yang ada? Mana saya ada barang-barang yang boleh dijual. Semuanya barang lama.
Jawapannya –
  • Baju – Jika ada baju anda yang masih elok tapi sudah tidak di pakai lagi, apa salahnya anda jual. Daripada mereput, bau hapak boleh juga dapat hasil.
  • Majalah dan Buku – Sedangkan kedai buku pun ada jualan murah atau harga runtuh, apatah lagi anda. Tetapi pastikan ia masih berada dalam keadaan yang elok. Selain daripada di jual pada Uncle Chinese yang selalu datang ke rumah atau ke pusat kitar semula, Car Boot Sales juga merupakan tapak yang sesuai untuk mendapatkan pelanggan.
  • Fridge Magnet – Percaya tak, kalau saya katakan yang seorang rakan membeli fridge magnet (luar negara) saya berjumlah RM 200? Bukan dia beli banyak kali, tapi sekali sahaja terus RM 200. Itu sudah untung (seletah diambil kira kos saya pergi ke luar negara)
  • Pinggan Mangkuk – Ini yang paling seronok. Siapa kata tidak laku? Saya pernah melihat orang membeli ketika saya menyertai Car Boot Sales Kota Damansara. Ada juga orang jual melalui blog.
  • Almari – Tidak kira almari besar atau kecil, jika masih dalam keadaan elok dan kukuh, tetap boleh laku. Saya ada melihat sebuah blog menjual semula almari yang sudah diperbaiki. Harganya, ada yang mencecah sehingga RM 600.


            Jadi, masih ada alasankah jika mahu melakukan Bisnes Tanpa Modal, Jual Apa Yang Ada ini? Cuma pastikan target pelanggan yang anda mahu sasarkan berdasarkan barangan yang ada miliki. ^_^

Sunday, 18 October 2015

Muat Turun Video Dari Youtube

ENTRI 55

TEKS: MUNIRAH YUSOFF
FOTO: MUNIRAH YUSOFF

Mungkin ada sesetengah pengguna yang tercari-cari perisian untuk memuat turun video dari Youtube. Ataupun ingin menukar format video versi youtube kepada format fail yang boleh di mainkan di peralatan lain seperti MPEG atau Windows Media Player.

        Saya menggunakan YTD VIDEO DOWNLOADER. Anda boleh MUAT TURUN DI SINI . 

YTD VIDEO DOWNLOADER (BASIC)

     Perisian ini adalah percuma kecuali jika anda ingin menaik taraf kepada YTD PRO dengan mendapat lebih banyak faedah. 

PERBEZAAN ANTARA YTD BASIC DAN PRO


       Selain itu, anda juga boleh menggunakan perisian Xilisoft Download YouTube VideoAnda boleh MUAT TURUN DI SINI . Perisian ini juga adalah percuma.

XILISOFT 


    Jadi, dapatkan perisian percuma ini untuk memudahkan anda memuat turun serta menukar fail format video yang anda inginkan.

         

Saturday, 17 October 2015

Munirah Yusoff Online

ENTRI 54

TEKS: MUNIRAH YUSOFF
FOTO: MUNIRAH YUSOFF



Alhamdulillah dapat juga merasmikan Munirah Yusoff Online selepas menyertai Kelas Asas Blog dan Penulisan anjuran Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR). Sebelum ini, sudah beberapa kali Page Facebook di buat dengan pelbagai nama. Seringkali juga di padam kerana tidak merasakan keserasian. Benarlah kata orang, nama yang bagus dan serasi akan di senangi.

      Bisnes tanpa modal  merupakan fokus utama Munirah Yusoff Online ini di tubuhkan. Menggunakan apa yang ada di tangan, tiada risiko untuk berhutang atau stok simpanan tidak terjual yang perlu di tanggung. Malah, secara tidak langsung dapat mengumpul modal sedikit demi sedikit.


         Dengan bermula dari bawah, Insya Allah usaha yang di lakukan akan berbaloi. Dan semoga setiap pekerjaan kita di redhai Allah S.W.T. Amminnn.

Friday, 16 October 2015

Ulasan eBook Yeay Mama Sudah Resign

ENTRI 53

TEKS: MUNIRAH YUSOFF
FOTO: AKADEMI BEKERJA DARI RUMAH (ABDR)


Saya dan adik beradik membesar dengan hanya ayah yang bekerja, manakala ibu seorang suri rumah. Malah kami bersyukur di besarkan dengan mendapat pendidikan sehingga ke peringkat yang tinggi. Walaupun kini saya masih tidak berpeluang untuk bekerja semula dengan menumpukan perhatian kepada pengajian Ijazah, tetapi saya mahu berusaha untuk mendapatkan pendapatan sendiri.
       
       Alasan yang paling mudah 'Sampai bila saya mahu ayah dan ibu menanggung kehidupan seharian saya?'. Saya juga mahu mempunyai simpanan hasil pendapatan sendiri dan memberi ganjaran kepada diri.  

     Melalui buku eBook Yeay Mama Sudah 'resign' ini, ia memberi peluang kepada saya memahami permasalahan yang sering dialami oleh ibu yang bekerjaya. Antara maklumat yang saya perolehi adalah:    

Faktor ibu bekerjaya mahu berhenti:
  • Mempunyai anak – mahu mengasuh sendiri dan menyusukan anak secara ekslusif
  • Berjauhan dengan suami kerana berpindah tempat kerja
  • Kesukaran mencari pengasuh atau taska yang sesuai
  • Mahu mengurus rumah tangga sepenuh masa
  • Kewangan keluarga sudah stabil
  • MASA yang terhad untuk bersama anak-anak
  • Mahu mempunyai masa bekerja sendiri, bukan mengikut masa orang
  • KOMITMEN kerja yang tinggi (outstation atau stayback)
Pelan tindakan awal:
  • Berbincang dengan suami – membuat kiraan pendapatan keluarga
  • Fokus kepada kemahiran atau kepakaran yang ada
  • Mempunyai ruang kerja sendiri
  • Mempunyai wang simpanan sebagai modal bisnes
  • Mulakan dengan dropship atau modal yang minima (1/4 daripada simpanan)
  • Mulakan bisnes dengan menggunakan platform percuma seperti Blogspot dan Fanpage
  • Lakukan secara sambilan terlebih dahulu
Kebaikan yang diperolehi:
  • Dapat memanfaatkan masa dan menguruskan aktiviti dari rumah
  • Boleh mengubah suai sendiri MASA mengikut keadaan – masa yang fleksibel
  • Berpeluang mengajar anak-anak di rumah
  • Berpeluang menjana wang tanpa had

    Saya terkesan dengan kata-kata perkongsian daripada salah seorang Working At Home Mom (WAHM) iaitu Puan Umi Arbee bahawa berhenti kerja bukan main-main. WAHM juga bukan main-main. Saya akhiri dengan terjemahan berikut:

“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan, dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya.” (Surah At-Talaq ayat 2-3)

Thursday, 15 October 2015

Ulasan eBook Super Wahm Super Mom

ENTRI 52


TEKS: MUNIRAH YUSOFF
FOTO: AKEDEMI BEKERJA DI RUMAH (ABDR)



       Ketika masih di bangku sekolah lagi, bekerja di rumah bukanlah satu pilihan bagi saya. Mungkin kerana pemikiran saya bahawa berada di pejabat dan berada di luar rumah itu melibatkan pekerjaan. Apatah lagi, kerana saya tidak berminat untuk duduk di rumah dalam jangka masa yang lama. 

        Oleh kerana saya menyambung pengajian sehingga ke peringkat Ijazah, ia menyemarakkan lagi semangat saya untuk bekerja di pejabat. Bagi saya, saya tidak mahu sia-siakan pelajaran saya tanpa bekerja di bidang yang berkaitan. Dengan bekerja serta bekerjasama dengan orang yang lebih berpengalaman, dapat meningkatkan lagi ilmu kemahiran saya.

         Hinggalah pada tahun 2014, saya mula berjinak-jinak dengan bisnes secara online. Dengan maklumat yang saya dapati melalui eBook Super Wahm Super Mom, saya memahami bahawa terdapat beberapa konsep bekerja di rumah yang boleh di jalankan. Antaranya:

  • Study at home mom (Sahm) – sama ada belajar sambil bekerja (separuh masa atau sepenuh masa). Fokus utama adalah mengurus rumah tangga sambil menambah ilmu.
  • Stay at home mom (sahm-surirumah sepenuh masa) – pilihan bagi suri rumah yang tidak melakukan sebarang aktiviti untuk menambah pendapatan. Ia sama ada pendapatan suami stabil atau mengambil peluang sepenuhnya mengurus rumah tangga.
  • Work at home mom (wahm) – Ia adalah trend masa kini, menguruskan rumah tangga dan bisnes secara serentak sama ada sepenuh masa ata separuh masa.
  • Small office home office (soho) – mempunyai pejabat kecil di rumah dengan keperluan asas seperti internet, komputer dan peralatan pejabat yang sesuai bagi menjalankan bisnes.
     Apabila sudah mengetahui konsep bekerja di rumah yang serasi, bertindak berdasarkan analisa 4W 1H berikut:
  • Apa (what) – Membuat pilihan sama ada bekerja secara sambilan atau sepenuh masa.
  • Bila (when) – Pilih masa yang tepat bermula dari sekarang untuk mencari peluang secara sambilan atau sepenuh masa.
  • Di mana (where) - Memilih lokasi bekerja sama ada di rumah Merujuk kepada lokasi atau luar rumah.
  • Siapa (who) – Kenali sasaran pelanggan, mentor dalam bidang yang dipilih, rakan niaga yang berkongsi minat yang sama dan kenalan yang juga aktif dalam bidang yang diceburi.
  • Bagaiman (How) – Usaha anda untuk bermula, sama ada menggunakan pengalaman sedia ada,  menghadiri seminar atau bengkel untuk menambah kemahiran.

       Melalui kisah pengalaman mereka bekerja dan sudah meletak jawatan, proses untuk kembali menyeimbangkan kewangan keluarga bukanlah semudah memetik jari. Sama ada anda membuat bisnes dan menguruskan rumah tangga secara sambilan atau separuh masa, ia memerlukan motivasi serta konsisten yang berterusan.