Sunday, 22 November 2015

Salin Skrin (ScreenShot) Mudah

Entri 73

Teks & Foto: Munirah Yusoff
Sumber: Majalah PC


Kebiasaannya kalau kita nak mengambil maklumat atau dengan skrin yang penuh daripada Internet, kita akan copy and paste ke Word atau Notepad. Tetapi ia akan mengambil masa kerana kita akan memperbaiki setiap perenggan, tulisan, saiz atau menyelaraskan format yang dikehendaki.  Satu aplikasi web (tools) yang memudahkan kita untuk menangkap (capture) imej screenshot mana-mana halaman web awam dengan satu klik ialah: http://ctrlq.org/screenshots/


       Hanya 5 langkah mudah untuk menggunakannya:

      1. Salin (Copy) alamat URL yang ingin di simpan maklumatnya

2. Tampal (Paste) alamat URL di ruang kotak 'Enter URL e.g., http://labnot.org/ 
3. Tekan Capture Screenshot


4. Tunggu hingga laman web selesai di salin ke bentuk .png (gambar)

5. Apabila selesai, imej sudah sedia untuk di muat turun (download)


Ini adalah contoh imej screenshot laman web penuh yang telah di tukarkan ke bentuk imej.
Imej akan di simpan dalam format PNG.

Tetapi kekurangan yang ada pada aplikasi web ini adalah:
  1. Tidak dapat merakam imej halaman yang memerlukan daftar masuk (login)
  2. Tidak boleh menyalin laman web yang mempunyai binaan Flash


    Walau apapun, ia amat memudahkan jika anda ingin menyalin maklumat keseluruhan skrin dengan cepat tanpa perlu menyalin satu-persatu.


Selamat mencuba! ^_^


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Untuk mendapatkan mana-mana e-book keluaran ABDR atau menyertai Kelas Online,
Tuan/Puan/Cik Puan boleh menghubungi saya melalui:

Munirah Binti Yusoff
Email: pn.munirahyusoff@gmail.com
Sms/Whatsapp: +6019 3447292
Facebook/Instagram: Munirah Yusoff Online Store
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Wednesday, 18 November 2015

[LM 1] Kenali Sumber Pemilihan Maklumat

ENTRI 72

TEKS: MUNIRAH YUSOFF
VIDEO: YOUTUBE (ROB REDMON)

===============================================================
Literasi Maklumat [LM] atau Information Literacy

Dari semasa ke semasa saya akan berkongsi mengenai Literasi Maklumat:
  • Apakah maklumat yang boleh didapati
  • Di mana ia boleh di dapati
  • Bagaimana ia di cari 
  • Bagaimana ia boleh di ambil dan di simpan
  • Bagaimana ia boleh di proses dan di kemukakan
===============================================================

Sumber: Google


Ketika kita mahu mencari maklumat, sama ada untuk penyelidikan atau berkongsi dengan orang, sangat penting untuk kita mengetahui sumber yang betul dan sahih. Sebelum itu kita harus tahu, apakah jenis Sumber Utama (Primary Source) dan Sumber Kedua (Secondary Source) yang akan kita gunakan.

          Di sini saya kongsikan satu video penerangan mengenai Sumber Utama (Primary Source) dan Sumber Kedua (Secondary Source).



   Selamat menonton! ^_^


Untuk mendapatkan mana-mana e-book keluaran ABDR atau menyertai Kelas Online,

Tuan/Puan/Cik Puan boleh menghubungi saya melalui:

Munirah Binti Yusoff

Email: pn.munirahyusoff@gmail.com
Sms/Whatsapp: +6019 3447292
Facebook/Instagram: Munirah Yusoff Online Store

Saturday, 7 November 2015

Delete & Merge Partition

ENTRI 71

TEKS: MUNIRAH YUSOFF & SMART CYBER MEDIA
SUMBER: SMART CYBER MEDIA
FOTO: SMART CYBER MEDIA

*Maaf jika kualiti gambar tidak memuaskan. Boleh lihat entri asal di Facebook SMART CYBER MEDIA DI SINI *

Partition dalam bahasa mudah nya, 1 rumah (Hard Disk) di buat beberapa bilik (partition). Setiap bilik (partition) mempunyai namanya tersendiri, tetapi dengan satu huruf sahaja ( E: , F:  atau G: ). Bilik utama adalah C: , iaitu tempat menyimpan Folder penting seperti Operating System(OS).

     Jika ada partition yang sudah tidak mahu digunakan lagi, atau ingin menggabung 2 partition kepada 1 partition sahaja, boleh ikuti langkah-langkah di bawah:

A – “Delete Volume” atau bahasa biasa iaitu delete partition.
B – “Extend Volume” pula bermaksud merge partition daripada dua partition kepada satu partition.

1) “My Computer > Right Click > Manage”.  (nanti akan keluar computer management)



2) Pergi dekat “Storage > Disk Management”. (akan keluar pula semua drive termasuk drive dlm internal hdd mahupun external hdd)

3) Pilih drive yang mahu di buang (delete) > Right Click > Delete Volume > Yes.


4) Setelah selesai Delete Volume > Right Click > Delete Partition > Yes.

5) Seterusnya pilih drive mana yang hendak di 'merge'kan ataupun dibesarkan saiznya > Right Click > Extend Volume > Next > Select Disks > Add > Next >  Finish”.



6) selesai.

Nota : 
Pada step ke 5, selepas tekan next, akan keluar pula "Total volume size in MB, Maximum available space in MB, Select the amount of space in MB ". Semasa select disks > add akan keluar berapa amount space in MB yg free utk di merge kan.

Selamat Mencuba :) :) :)
Kongsikan pada semua, inn shaa Allah akan lagi bertambah ilmu kita.

Wednesday, 4 November 2015

Pentingnya Menggunakan Nama Sebenar

ENTRI 70

TEKS: MUNIRAH YUSOFF
FOTO: MUNIRAH YUSOFF


Alhamdulillah. Hasil carian nama saya melalui Google untuk Blog (munirah-yusoff.blogspot.my) dan Instagram (munirahyusoffonlinestore) berada di muka surat (Pages) yang ketiga. ^_^

        Carian dibuat pada hari ini: 4 November 2015, selepas 2 bulan mengikuti Kelas Asas Blog dan Penulisan. Walaupun sekarang tak serancak membuat entri baru ketika masih cuti semester 3 minggu yang lalu, tapi nampak juga hala tuju penulisan.

       Tapi apa yang pentingnya menggunkan nama sebenar? OK, cuba anda buat carian nama-nama besar seperti Irfan Khairi (Jutawan Internet), Dato' Azizan Osman (Pakar Pemasaran), atau Dr. Zaharuddin Abd Rahman  (Penasihat Shariah Kewangan Islam Tempatan & Antarabangsa) *sekadar beberapa nama*, anda mesti akan jumpa nama-nama mereka berada dalam carian yang teratas. 

         Bukan setakat berada di carian yang teratas, tetapi anda jumpa blog, sosial media atau produk yang berkaitan dengan mereka. Penjenamaan produk memang penting juga, cuma dengan hanya menggunakan nama sebenar, anda boleh jumpa segala yang berkaitan dengan anda. *Carian yang mempunyai nama sama dengan anda tu, tak termasuk la ek. :D *



        Insya-Allah saya cuba nak kekalkan rentak fokus dan kosisten dalam menulis. Bukan mahu syok sendiri, tapi mahu berkongsi catatan pengalaman dan cerita mengenai bisnes mahupun komputer. Orang kata, ilmu jangan kedekut. Hehheee.

40 Kata Carian Mengenai Komputer

ENTRI 69

TEKS: MUNIRAH YUSOFF

Senarai carian popular mengenai komputer:
  1. Pengertian komputer
  2. Belajar komputer
  3. Belajar komputer untuk pemula
  4. Tutorial belajar komputer
  5. Sejarah komputer
  6. Harga komputer
  7. Fungsi komputer
  8. Definisi komputer
  9. Jenama komputer
  10. Maksud komputer
  11. Etika komputer
  12. Teknologi komputer
  13. Perisian/Aplikasi/Perkakasan/Sistem komputer
  14. Ciri-ciri komputer yang dijangkiti virus
  15. Keselamatan komputer
  16. Masalah komputer
  17. Penyelenggaraan komputer
  18. Penjagaan komputer
  19. Panduan komputer
  20. Akta jenayah komputer
  21. Komputer dalam pendidikan
  22. Kursus komputer
  23. Mengemaskini komputer
  24. Komputer forensik
  25. Peranan komputer
  26. Makmal komputer
  27. Aksesori komputer
  28. Senarai bidang komputer
  29. Sembang komputer
  30. Tutorial komputer
  31. Majalah Komputer
  32. Blog Komputer
  33. Kedai Komputer
  34. Maklumat Kerjaya Komputer
  35. Syarikat Komputer
  36. Agensi Pakar Keselamatan Siber
  37. Perniagaan Komputer
  38. Teknologi Maklumat
  39. Sains Komputer
  40. Kejuruteraan Komputer

[APLIKASI] Draw.io Untuk Gambar Rajah (Diagram)

ENTRI 68

TEKS: MUNIRAH YUSOFF
FOTO: DRAW.IO
SUMBER: DRAW.IO

DRAW.IO adalah online diagramming tools, aplikasi web percuma menggantikan Visio. Antara  diagram  yang boleh di buat adalah: flow chart maker, network diagram software, to create UML online, as an ER diagram tool dan sebagainya.

1) Pilih sama ada buat diagram baru atau buka sedia ada

2) Pilih Templates mengikut diagram apa yang anda ingin 
lakukan


3) Sedia untuk di gunakan


Untuk menggunakannya: KLIK DI SINI
Untuk membaca manual: KLIK DI SINI


        Sebenarnya aplikasi web seperti Draw.io ini menyenangkan sebab tak perlu nak muat turun aplikasi ke dalam komputer. Tapi yalah, namanya aplikasi web, mestilah nak kena ada Internet kalau mahu menggunakanyya ^_^ . Pastikan kena ingatlah nama fail kalau mahu edit. :D

Tuesday, 3 November 2015

Shrink Volume & New Partition HDD

ENTRI 67

TEKS: MUNIRAH YUSOFF, SMART CYBER MEDIA
SUMBER: SMART CYBER MEDIA
FOTO: SMART CYBER MEDIA


Kadang-kadang jika anda membeli Hard Disk baru, kebanyakannya bila buka hanya ada satu partition. Nota langkah-langkah di bawah adalah cara untuk membuat Partition baru dalam Hard Disk (Internal HDD atau External HDD pun boleh buat cara ini).

LANGKAH-LANGKAH


1) My Computer > Right Click > Manage. (nanti akan keluar computer management)


2) Pergi dekat Storage > Disk Management. (akan keluar pula semua drive termasuk drive dlm internal hdd mahupun external hdd)


3) Pilih drive mana ingin di buat shrink/nak di bahagikan, Right click dan tekan shrink volume.

4) Akan keluar "Total size before shrink in MB, Size of available shrink space in MB, Enter the amount of space to shrink in MB & Total size after shrink in MB". Masukkan berapa nilai yang anda mahu shrink dalam MB dan tekan shrink . Tunggu sehingga selesai.

5) Right Click pada bahagian/drive yg baru shrink tadi > pilih “New Simple Volume”. 

6) Apabila keluar New Simple Volume Wizard > tekan Next.


7) Masukkan berapa nilai yang anda mahu untuk buat pada partition baru itu dalam MB > Tekan Next. 

8) Kemudian anda boleh pilih/setkan partition baru tersebut pada drive apapun yang anda mahukan selagi huruf drive itu tidak digunakan pada drive lain di dalam pc/laptop anda > Tekan Next. 

9) Keluar “Format Partition” anda bolehlah Rename ikut kesukaan anda di ruangan “Volume Label” > Tekan Next. 


10) Tekan “Finish”. Tunggu sehingga selesai. 

Monday, 2 November 2015

Asas Format Laptop dan Desktop

ENTRI 66

TEKS: MUNIRAH YUSOFF
Kadang-kadang kalau komputer kita bermasalah yang memerlukan format dilakukan, kita akan hantar ke kedai. Ada yang tak tahu cara nak format, ada juga yang tidak jumpa langkah-langkah yang mudah untuk format. 

     Saya pernah dua atau tiga kali format laptop dulu cuma dah lupa caranya. Masa itu pun, abang yang ajar tanpa nota. Silap saya juga tak buat nota beserta gambar. Y_Y Jadi saya dah tak berani nak format sendiri sebab takut lagi tambah masalah. Heehee.

    Nota yang saya kongsi ini, daripada perkongsian SMART CYBER MEDIA:
  • KLIK DISINI - untuk ke halaman FACEBOOK mereka. 
  • Ebook Asas Format Laptop & Desktop boleh di muat turun secara percuma DISINI

 * Share jika ianya bermanfaat, jika sebaliknya abaikan je :)