Monday, 21 December 2015

Sijil CCNA

Entri 74

Teks & Foto: Munirah Yusoff




Alhamdulillah hampir sebulan saya bercuti dari kemaskini blog ini. Selain dari menumpukan projek penyelidikan dan blog kembara (kembaracikmunirah.blogspot.my), saya juga dalam mood untuk mengerjakan umrah. Apa yang saya kemaskini di blog kembara adalah lebih santai tanpa perlu fikirkan fakta komputer. Lagipun, bila nak adakan entri pasal komputer, memang perlukan masa yang lama sedikit supaya maklumat itu betul. :D

      Ok, apa yang saya nak ceritakan sekarang ni, mengenai Cisco Certified Network Associate (CCNA), pensijilan IT dari Cisco. Ada beberapa tahap mengikut pengkhususan kita, boleh lihat di sini.  Di Malaysia, terdapat beberapa syarikat yang menjadi tempat latihan atau authorized training partner untuk CCNA, antaranya:


Software: Cisco Packet Tracer Student
Ini software yang saya guna ketika BootCamp Intensive
Masa Ijazah Sarjana Muda juga saya ada guna, tapi tak faham. Bila dah pergi
BootCamp Intensive baru faham. :D

Nota BootCamp Intensive yang agak tebal. Tapi langkah-demi-langkah
yang mudah untuk faham.

      Selepas saya menjalani Bootcamp Intensive (Entri 30), tempat latihan saya (Allied View) ada tawarkan slot bagi mereka yang mahu mengambil peperiksaan CCNA. Antara maklumat bagi mereka yang nak ambil peperiksaan CCNA:
  • Harga RM 3000
  • Soalan ada 1000
  • Kena lulus 80%, jadi dalam 800 soalan kena betul
  • Kena jawab dalam masa 3 jam

      
      Kebanyakkan kerja yang melibatkan network, security, data centre memerlukan sijil Cisco. Insya Allah saya ke arah nak tingkatkan ilmu CCNA ni.


2 comments:

  1. salam.. Cik/Puan tahu dimana syarikat2 yang menawarkan tempat latihan praktikal dlm bidang network. urgent sgt. rasyidin.fozi@yahoo.com

    ReplyDelete
  2. tempat latihan praktikal dlm bidang network yang akak dahulu. perlu lalui (wajib) ijazah? kalau dari diploma terus ke pusat latihan praktikal untuk ambil persijilan CCENT (entry untuk cisco) boleh ke? fareezhirhaniff@yahoo.com

    ReplyDelete