Saturday, 30 January 2016

Online Proofreading Service

Entri 79

Teks & Foto: Munirah Yusoff


Boleh Klik link di bawah:
GingerSoftware

Alhamdulillah kertas projek dah siap, tarikh untuk presentation pun dah ada. Tinggal sekarang nak proofread semula kertas projek. Pensyarah saya (Madam Lim) ada juga perbetulkan, tapi tak semualah. :D Bila saat-saat akhir macam sekarang ni, bukan senang nak cari orang yang boleh bantu. Bukan tak ada, cuma sebelum nak minta tolong orang, mestilah kita sendiri yang kena buat dulu. 

     Kalau tengah buntu nak cari orang, ini ada satu aplikasi online GingerSoftware. Nak muat turun dan install pun boleh, tapi tak berapa 'mesra pengguna' bagi saya yang nak cepat. Hehehe

    Nak tahu kenapa kita perlukan orang atau aplikasi proofread ni? Sebabnya;
  • Nak semak kesalahan ejaan
  • Nak semak tatabahasa
  • Nak semak kesilapan menaip
  • Nak semak penggunaan kata-kata
    Jadi, gunakan kemudahan yang ada. Tapi jangan sampai abaikan orang yang boleh bantu. Guna  khidmat kedua-duanya sekali. ^_^

Wednesday, 27 January 2016

Buku Latihan Teknologi Maklumat

Entri 78

Teks & Foto: Munirah Yusoff

[CATATAN HARIAN]

27/01/16


Ini bukan misi nak jadi cikgu sekolah ya. Tapi ini misi panduan untuk diri sendiri. Bila dah biasa dengan buku nota yang tebal, apa salahnya cari buku latihan. 

Tapi susah nak cari buku soalan versi universiti punya. Versi SPM tak pernah jumpa lagi. Ada sapa2 pernah jumpa tak?

*Dah nampak jalan untuk selesaikan 1 masalah..*

Sunday, 24 January 2016

Komunikasi Dua Hala Dengan Guru

Entri 77

Teks & Foto: Munirah Yusoff

 [Catatan Harian]

Supervisor, Madam Lim
Setiap bulan sekurang-kurangnya saya jumpa dengan supervisor, Madam Lim untuk perbincangan kertas penyelidikan. Dan setiap kali jumpa, dia akan semak dan perbetulkan beberapa perkara. Tapi kan, bila pensyarah buat semakan macam zaman cikgu sekolah dulu, ingat tak takut ke? Paling takut kalau tak dapat capai syarat minimum. Walaupun jarang berjumpa, saya akan pastikan pembetulan di buat dan akan menghantar fail yang baru.

       Kadang-kadang nampak macam payah, sebab dalam email pun kurang berkomunikasi. Tapi sekali jumpa, cukup 30 minit, banyak input yang dia bagi. Bukan setakat dia bagi pandangan, dia siap tulis maklumat yang dia nak pada kertas. Jadi, tak adalah saya terlupa. ^_^

        Nak belajar, nak berguru, sila adakan komunkasi dua hala. Kalau belajar sendiri, boleh. Cuma kadang-kadang kita akan jumpa 'jalan jauh' sedangkan ada 'jalan pintas'. 




Jangan ingat nak buat format thesis tak perlu nota rujukan. 

Contoh yang belajar sendiri? Ini yang saya buat, draft tesis ikut buku dari kosong hingga menjadi draft yang mudah. Ikut jalan dekat, boleh saja nak guna template yang pensyarah bagi. Cuma saya tak guna sebab jalan jadi makin panjang nak kena ubah-padam-tambah.

P/S: Mana yang boleh belajar sendiri, belajar sendiri. Nak tambah lagi ilmu, cari guru. :D


Thursday, 21 January 2016

Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR)

Entri 76

Teks: Munirah Yusoff
Sumber: Akademi Bekerja Di Rumah


Ada yang bertanya pada saya, apa itu Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR)? Bagaimana ABDR berfungsi dan apa faedah yang akan mereka dapat jika menyertainya? 

Ini adalah jawapan bagi semua persoalan di atas:

ABDR di asaskan oleh Puan Masayu Ahmad, seorang kolumnis 'Panduan Bekerja Di Rumah' dalam majalah mingguan iaitu Majalah Wanita. Pelbagai persoalan dan dilema suri bekerjaya mahupun suri sepenuh masa yang mahu mula bekerja di rumah tetapi tidak tahu caranya. Maka ABDR diperkenalkan untuk suri yang mempunyai masa terhad dan juga kekangan modal sebagai bimbingan.

Pengenalan


+ ABDR adalah jaringan kumpulan sokongan untuk suri pengurus rumah tangga atau suri bekerjaya.

+ ABDR menjadi kumpulan sokongan untuk suri bergelar wahm yang mahu menjana pendapatan hanya dari rumah.

+ ABDR menjadi kumpulan sokongan untuk suri bekerjaya yang mahu menjana pendapatan secara sampingan.

+ ABDR menjadi platform untuk belajar asas mula bisnes produk fizikal, digital atau servis.

+ ABDR menawarkan bimbingan dan latihan berbisnes di atas talian dengan menggunakan medium pemasaran percuma seperti blog dan Facebook fanpage.

+ Penyertaan adalah berdasarkan analisa awal untuk mengenalpasti apa matlamat utama mahu berada di ABDR ini.

Cara-cara untuk menyertai ABDR
(Pilih salah satu ikuti kesemuanya)

1) Mengikuti mana-mana kelas yang ditawarkan.
2) Menjadi pengurus online (rakan niaga).
3) Beriklan di direktori SOHO ABDR.

Untuk menyertai keluarga ABDR atau mengikuti kelas yang ditawarkan,
boleh mendaftar melalui saya:
Munirah Yusoff
Pengurus Online ABDR
Email: pn.munirahyusoff@gmail.com
SMS/Whatsapp: 0193447292


Monday, 11 January 2016

Kertas Penyelidikan : Cari Guru Biar Betul-Betul

[CATATAN HARIAN]

Entri 75

Teks & Foto: Munirah Bt Yusoff



Biasa tak kita dengar, bila mahu sambung belajar PascaSiswazah (Ijazah atau PhD) kena kuat mental dan fizikal. Malah kena sediakan draft kertas penyelidikan sebelum mendaftar? Lagi satu yang penting, sebenarnya kena cari pensyarah untuk jadi penyelia projek kita. Pensyarah bukan main tangkap muat saja ya. Kena pastikan yang betul-betul boleh membantu kita. 

       Macam saya, sebab ambil kelas dan kebanyakkan kelas memang pensyarah lain-lain. Disebabkan dua subjek yang terakhir, pensyarah (Madam Lim) dalam bidang Security (sebab saya ambil pengkhususan Security) yang ajar, jadi dah tetap dalam fikiran saya pilih dia jadi penyelia. Seminggu sebelum semester mula, saya emel dia dan dia setuju. *Lega*

     Gayanya tak sama macam pensyarah saya yang mengajar Research Methodology (setiap kali emel, dia akan bagi maklum balas dengan input yang spesifik). Madam pula, akan bagi pendapat masa hari saya datang jumpa dia. Jadi agak lama juga nak dapatkan feedback. Masa awal-awal terumbang-ambing juga kami. Dia sebenarnya ok, boleh faham apa yang saya nak buat.

        Bila jumpa dia minggu lepas, saya tunjuk flowchart design yang mudah. Memang lega sebab dia kata dah ok, cuma kena baiki sikit lagi. Terus dia conteng kertas, satu-satu tulis bahagian mana yang kena ubah. *Eh ingat senang ke nak cari dua pensyarah macam ni :D* Bila dah tahu mana kena ubah dan susunan bab, agak laju sikit nak selesaikan.

      Hujung bulan ni dah kena buat presentation. Harap-harap sempat siap dan tak perlu extend semester. Amminnn