Saturday, 13 February 2016

Apabila Tabung Simpanan Berbicara

Entri 82

Teks: Munirah Yusoff
Foto: Ihsan dari Norazwani Shaari
Sumber: Norazwani Shaari (Cik Wani Online)


1. Tabung Kecemasan
2. Tabung Percutian
3. Tabung Abang dan Adik
4. Tabung Tone Excel
5. Tabung Syiling
6. Tabung Bisnes
7. Tabung Umrah/Kereta
8. Tabung Penalti
9. Tabung Mata Wang Asing

Akhir tahun 2015, rakan saya Norazwani Shaari (Kak Wani) ada berkongsi tentang Tabungan Fizikal 2015 (Cik Wanie Online) yang dibuat. Sehingga sekarang (14/02/2016) sudah dikongsi hampir 5500++ di Facebook. Apa yang menarik perhatian dan menjadi persoalan ramai (sila baca kisah positif disebaliknya) adalah:
  1. Bagaimana suami isteri yang bekerja sebagai guru sekolah mampu membuat sehingga 9 tabungan?
  2. Bagaimana suami isteri yang mempunyai dua orang anak (yang ke-3 akan menyusul) mampu menabung dengan keadaan ekonomi sekarang?
  3. Bagaimana perniagaan yang di jalankan mampu menjana pendapatan kedua dan menampung kos sara hidup yang semakin meningkat?
  4. Bagaimana mereka mampu kekal sifat menabung dan mengurangkan perbelanjaan?

       Untuk menyimpan, pokok pangkalnya bergantung kepada tahap kewangan bulanan kita. Kecil atau besar pendapatan, yang penting ada. Ringkasnya:
  1. Senaraikan pendapatan bulanan
  2. Senaraikan hutang
  3. Tetapkan berapa tabung dan matlamat yang mahu disimpan (bergantung kepada keperluan atau kehendak yang ingin dicapai)
  4. Tetapkan masa simpanan di buat (harian, mingguan, bulanan, tahunan)
  5. Fokus kepada apa yang mahu di simpan. Ada yang cuba menyimpan berdasarkan warna duit kertas (RM 1 - biru, RM 5 - hijau, RM 10 - merah, RM 20 - oren). Baki duit syiling juga ramai yang menyimpannya (saya pernah berbual dengan pekerja kedai makan yang dapat menyimpan duit syiling selama dua tahun dan hasilnya adalah RM 6000).
  6. Ikut kemampuan, mungkin ada masanya bukan semua tabungan kita mampu simpan. 

==========================
Tahun 2015, saya sudah menyimpan secara harian. Fokus tabung saya untuk berniaga tahun 2016. Jadi jika ada kelas-kelas perniagaan yang perlu saya hadiri atau bisnes yang perlukan stok, saya tidak perlu meminta pada ibu atau ayah. Cara saya:
  1. Simpanan secara harian - RM 3/hari selama 365 hari (setahun). 
  2. Berdasarkan warna duit kertas - RM 1 (biru)
  3. Setiap kali berbelanja dan ada baki wang biru, saya akan asingkan terus supaya tidak terguna.
  4. Jika ada hari saya tidak menyimpan, contoh 3 hari, maka pada hari ke-4 semasa ada duit, saya akan gandakan ( 4 x RM 3) supaya dapat menampung hari yang tidak dapat saya simpan.
  5. Setiap jali menyimpan, saya akan tanda. Ini supaya saya dapat mengetahui berapa hari yang tiada simpanan dibuat.
==========================

Friday, 12 February 2016

Cash-on-Delivery (COD)

Entri 81

Teks: Munirah Yusoff


Bagi peniaga, kos penghantaran bergantung kepada budi bicaranya. Sama ada mahu caj kurang atau sama dari harga khidmat pos. Mungkin bergantung kepada:
  1. Berapa jauh tempat (adakah ada tol atau parking yang perlu penjual keluarkan duit)
  2. Kos minyak kenderaan


   Dari pemerhatian saya, ada peniaga;
  1. Yang SEKALIKAN caj penghantaran dalam harga produk.
  2. Yang ASINGKAN caj penghantaran dengan harga produk. Jadi mereka senang untuk asingkan terus kos penghantaran-kos produk-untung.
Bagi pembeli, mereka rasa COD tak perlu ada caj penghantaran. Sebab tak libatkan orang tengah = khidmat pos.

Ada tak yang biasa dapat pertanyaan dari pembeli 'COD pun ada caj penghantaran ke?'. Macam mana nak handle pertanyaan macam ni dengan baik dan teratur?. 
😉
*Jarang dapat soalan cepumas. * ^_^

==============================
Antara jawapan yang saya terima dari cikgu Masayu dan rakan saya cik Hanis (FB: Agen Lexee Port Dickson), mengapa peniaga mengenakan caj penghantaran COD;
  1. Kos minyak dan masa (hari sama pesanan dibuat atau pada hari dan waktu yang ditetapkan)
  2. Salah satu servis yang ditawarkan (atau atas permintaan pelanggan)
  3. Kadar yang minimum untuk pelanggan mendapatkan barang dengan lebih pantas.
==============================

Tuesday, 9 February 2016

Perniagaan dan Pemasaran

Entri 80

Teks & Foto: Munirah Yusoff

Majalah Mingguan Wanita yang hampir setiap minggu saya beli. Dulu tak ambil kisah
bahagian yang melibatkan bisnes, tapi sekarang ini fokus yang selalu saya selak
setiap kali baca.

1. Berniaga Tanpa Modal.
Tahun 2014 pernah cuba berniaga tudung produk sendiri. Guna duit dividen ASB. Konon kalau bisnes tak jadi tak adalah rasa ralat sangat. Akhir cerita memang ke laut sebab main terjah. Bak kata orang, pengalaman ciput tapi ada hati nak ada produk sendiri *hah.. padan muka :D *

       Lepas tu tak buat dah. Nak berniaga pun, jual novel preloved dengan tudung Aidijuma. Novel preloved adalah contoh berniaga tanpa modal. Guna apa yang ada dalam tangan. Tudung Aidijuma (AJ) contoh berniaga produk yang sedia ada di pasaran. Saya pun mula jual tanpa modal sebab jual tudung AJ sendiri. Lepas dapat rentak dan join grup-grup AJ, baru beli stok sikit-sikit. Beli stok-Jual-pusing modal.

2. Aktiviti Pemasaran
Awalnya saya mula di IG dan join grup FB. Tapi memang diakui aktiviti pemasaran yang saya lakukan turun-naik. Sebab saya utamakan pengajian Master. Kalau tengah sibuk dengan assignment, exam dan thesis, sebarang aktiviti bisnes saya letak jauh-jauh.

*Nampak sangat tak kuat nak buat 2 kerja dalam 1 masa.. ^_^ *😁 Sekarang, dah habis Master *Alhamdulillah*. Jadi ini peluang nak 'kuda-ku-lari-gagah-berani'. 


       
       Sejak join ABDR tahun lepas, baru nampak hala tuju untuk mula dari bawah dan jalan lurus nak capai matlamat. Dengan ABDR, baru tahu kuasa pemasaran melalui blog.

       Blog yang kemas, tersusun, sedap mata memandang, berinformasi - baru pengunjung datang baca berderu-deru. *terasa malu dulu ada blog yang tak matang *
😱😲*
      Setiap platform (IG-FB-BLOGSPOT) ada pasaran dan teknik tersendiri. Cuba guna macam-macam cara sampai dapat rentak yang baik. Alhamdulillah saya ada kawan-kawan yang bantu saya belajar cara pemasaran. Famili memang sedia membantu.