Saturday, 13 February 2016

Apabila Tabung Simpanan Berbicara

Entri 82

Teks: Munirah Yusoff
Foto: Ihsan dari Norazwani Shaari
Sumber: Norazwani Shaari (Cik Wani Online)


1. Tabung Kecemasan
2. Tabung Percutian
3. Tabung Abang dan Adik
4. Tabung Tone Excel
5. Tabung Syiling
6. Tabung Bisnes
7. Tabung Umrah/Kereta
8. Tabung Penalti
9. Tabung Mata Wang Asing

Akhir tahun 2015, rakan saya Norazwani Shaari (Kak Wani) ada berkongsi tentang Tabungan Fizikal 2015 (Cik Wanie Online) yang dibuat. Sehingga sekarang (14/02/2016) sudah dikongsi hampir 5500++ di Facebook. Apa yang menarik perhatian dan menjadi persoalan ramai (sila baca kisah positif disebaliknya) adalah:
  1. Bagaimana suami isteri yang bekerja sebagai guru sekolah mampu membuat sehingga 9 tabungan?
  2. Bagaimana suami isteri yang mempunyai dua orang anak (yang ke-3 akan menyusul) mampu menabung dengan keadaan ekonomi sekarang?
  3. Bagaimana perniagaan yang di jalankan mampu menjana pendapatan kedua dan menampung kos sara hidup yang semakin meningkat?
  4. Bagaimana mereka mampu kekal sifat menabung dan mengurangkan perbelanjaan?

       Untuk menyimpan, pokok pangkalnya bergantung kepada tahap kewangan bulanan kita. Kecil atau besar pendapatan, yang penting ada. Ringkasnya:
  1. Senaraikan pendapatan bulanan
  2. Senaraikan hutang
  3. Tetapkan berapa tabung dan matlamat yang mahu disimpan (bergantung kepada keperluan atau kehendak yang ingin dicapai)
  4. Tetapkan masa simpanan di buat (harian, mingguan, bulanan, tahunan)
  5. Fokus kepada apa yang mahu di simpan. Ada yang cuba menyimpan berdasarkan warna duit kertas (RM 1 - biru, RM 5 - hijau, RM 10 - merah, RM 20 - oren). Baki duit syiling juga ramai yang menyimpannya (saya pernah berbual dengan pekerja kedai makan yang dapat menyimpan duit syiling selama dua tahun dan hasilnya adalah RM 6000).
  6. Ikut kemampuan, mungkin ada masanya bukan semua tabungan kita mampu simpan. 

==========================
Tahun 2015, saya sudah menyimpan secara harian. Fokus tabung saya untuk berniaga tahun 2016. Jadi jika ada kelas-kelas perniagaan yang perlu saya hadiri atau bisnes yang perlukan stok, saya tidak perlu meminta pada ibu atau ayah. Cara saya:
  1. Simpanan secara harian - RM 3/hari selama 365 hari (setahun). 
  2. Berdasarkan warna duit kertas - RM 1 (biru)
  3. Setiap kali berbelanja dan ada baki wang biru, saya akan asingkan terus supaya tidak terguna.
  4. Jika ada hari saya tidak menyimpan, contoh 3 hari, maka pada hari ke-4 semasa ada duit, saya akan gandakan ( 4 x RM 3) supaya dapat menampung hari yang tidak dapat saya simpan.
  5. Setiap jali menyimpan, saya akan tanda. Ini supaya saya dapat mengetahui berapa hari yang tiada simpanan dibuat.
==========================

No comments:

Post a Comment