Sunday, 27 March 2016

ABS BEAUTY : Juruterapi dan Pengurusan Spa

Entri 90

Teks : Munirah Yusoff
Foto : Munirah Yusoff & Cik Puan Izyan Jamal


Assalamualaikum w.b.t.



Hari ini saya, Puan Ungku Rohaiza dan Cik Puan Leeya ke OrkedSpa, Ampang dan bertemu dengan pemiliknya, Cik Puan Izyan Jamal. Sambil berdiskusi mengenai promosi baru, sempat juga saya belajar mengenai teknik mengurut dan menimba ilmu fisioterapi dengan Cik Puan Leeya, seorang terapis dengan kelulusan fisioterapi. Sebelum ini beliau berkhidmat di spa KLIA (lounge business). 

    Bila duduk semeja dengan Puan Ungku Rohaiza, nampak macam borak santai tapi banyak sebenarnya ilmu diberi.Seronok sebab melibatkan komunikasi dua hala. Perkongsian hari ini mengenai 'Keperluan penting dalam pengurusan spa', antaranya:

1
Circulation Air
  •   Pengudaraan yang bagus, bersih dan wangi dapat meransang emosi yang tenang.
  •    Minyak aromaterapi pure (bukan sintetik) dapat memberi kesan yang baik, sihat dan segar pada pelanggan yang hadir ke spa kita. 
  •  Minyak aromaterapi mempunyai bau yang berlainan dan memberi kesan yang berbeza mengikut keperluan.


2
Emosi
  •  Juruterapi perlu mewujudkan aura yang positif semasa memberi khidmat.
  •  Pelanggan datang untuk mendapatkan ketenangan.
  •  Buang segala aura negatif di sekeliling kita.
  •  Aura yang negatif akan memberi kesan yang negatif juga kerana akan merasa tidak tenteram dan stress.

3
Juruterapi
  • Harus mempunyai santun yang tinggi.
  •  Mempunyai emosi keibuan dan kasih sayang.
  • Sihat tubuh badan dan berada dalam keadaan tenang supaya dapat merawat pelanggan dengan baik.
  •  Beri pendedahan kepada pelanggan
  • Wujudkan kemesraan untuk membina KEPERCAYAAN dan KESERASIAN
  • Wujudkan elemen SOAL-JAWAB supaya kita kenal pelanggan
  •  Mengetahui tahap kesihatan pelanggan adalah penting sebelum memulakan sesi rawatan : samada mengalami bengkak, kulit sensitif atau terdapat luka.


4
Kesan Teraputik
  •    Adakan Welcome Drink iaitu air lemon dan madu.
  •   Menggunakan minyak aromaterapi yang pure.
  •   Bahan yang mengandungi bahan sintetik akan menimbulkan kesan alergik kepada sesetengah pelanggan.


5
TRIBE/FOLLOWERS

  • Content dan copywriting perlulah patuh syariah.
  •    Terangkan kelebihan dan fakta produk atau servis, bukan jaminan yang tetap.
  •  Perlu ada product knowledge supaya dapat mengetahui masalah pelanggan.
  • Contoh ayat yang bukan patuh syariah ialah “Jaminan putih mulus dalam masa 7 HARI”. 7 HARI adalah hasil. Ia memberi jaminan tetap namun sebenarnya ia bergantung kepada permasalahan kulit, cara pemakanan dan kebersihan.
  • Rujuk kepada yang pakar untuk mendapatkan fakta yang betul.
  • Sambil memberi maklumat, sambil berdakwah.




P/S:  Bina kepercayaan pelanggan dengan jujur dan amanah.

Tuesday, 22 March 2016

ABS BEAUTY : Pencarian Tim Sales Online

Entri 89

Teks : Munirah Yusoff
Foto : Munirah Yusoff

SPA ABS BEAUTY

Alhamdulillah siang tadi berkesempatan ke ABS Beauty untuk perkongsian ilmu bisnes SPA oleh Puan Ungku Rohaiza. Asalnya terlihat posting Puan Ainon Mohd mengenai Pencarian Tim Sales Online ABS Beauty. Hanya daftar nama, datang dan terus belajar. *Eh, mudah macam tu je?* :D

   Mula-mula terkejut juga, ingatkan kena temuduga dulu. Tapi bila saya tanya dengan Puan Ungku, beliau kata cuma perlu daftar dan terus belajar. Hasil dari pemantauan kerja yang kita buat nanti, baru beliau akan nilaikan. Jadi saya fikir, alang-alang ada yang sudi berkongsi ilmu serta memantau usaha kita, apa salahnya kalau saya ambil peluang ini.

   Di ABS Beauty saya berkenalan dengan Cik Fa dan Cik Fatin, antara tim di ABS Beauty. Bertambah lagi kawan baru. Untuk sesi ini, Puan Ungku buat perbincangan di Bangi Kopitiam Dolomite Batu Caves, berkongsi cerita mengenai ABS Beauty sambil menunggu Tuan Hairul (BookCafe) *maaf jika tersalah nama*. 

     Antara perkongsian yang saya dapat adalah mengenai:
1.     SOP perhubungan - tentukan waktu operasi bekerja (contoh: 9pagi - 5petang), waktu membalas email (contoh: dalam 24 jam) dan waktu membalas SMS atau Whatsapp (contoh: dalam 1 jam)
2.     Copywriting - Wajib ada tajuk, maklumat dalam bentuk point, link ke website atau blog (segala urusan lanjut di sini sebagai 'rumah'), terangkan keperluan (contoh: produk atau servis yang disediakan) dan akhir sekali Call to Action (CTA) supaya pelanggan tahu apa yang perlu dilakukan.
3.     Faktor orang membeli melalui online : pengisian maklumat, servis (pengambilan order, penghantaran dan maklum balas) dan stok barang dicari ada pada kita.

Di sini saya kongsikan juga maklumat dalam bentuk point:





Nota kaki: Berguru biar ramai, tapi jangan sampai tersalah pilih. Pilih mereka yang dah lama menceburkan diri dalam sesuatu bidang yang kita mahu belajar. ^_^

Wednesday, 16 March 2016

Pengalaman Menjual Buku Secara Online

Entri 88

Teks : Ruqaiyah Yusof
Foto : Ruqaiyah Yusof

*Kisah ini diambil dari grup tertutup (FB) yang saya kongsikan atas kebenaran empunya diri. Hanya sedikit pengolahan dibuat untuk berkongsi maklumat penting*



Sebelum saya menjual buku, saya bekerja sebagai freelancing Graphic DesignMemandangkan sudah bekerja dan menjual buku pula hanya separuh masa, sukar untuk saya mencari pelanggan. Antara buku yang saya baca untuk tambah pelanggan adalah buku ini - Buku Pelanggan Setia. Buku ini di tulis oleh Konsultan yang melatih bahagian Khidmat Pelanggan (Customer Service) syarikat-syarikat besar. Khidmat Pelanggan ibarat NADI dalam sesuatu bisnes.

Saya mengaplikasikan tips di dalam buku ini untuk menjaga pelanggan selain mengamalkan ilmu-ilmu pemasaran yang saya dapat semasa memulakan bisnes designPOINT PENTING saya mahu kongsi di sini ialah pengalaman dalam penjualan buku. Pada permulaan, memang tiada pelanggan yang mahu membeli. Tetapi saya teruskan berkongsi.

Elakkan Hardsell, tetapi berkongsi apa manfaat orang lain dapat dengan buku itu. Contoh hardsell;
  1. Post gambar,
  2. Letak harga
  3. Letak, 'Untuk pembelian, whatsapp 01XXXXXXXX

Contoh Berkongsi manfaat;
  1. Post gambar
  2. Macam mana buku ni membantu hidup kita?
  3. Kenapa kita memerlukan buku ni?

Ya, memang kalau hardsell, boleh jual buku bestseller. Tetapi tidak ramai orang tahu, buku bestseller ini cerita mengenai apa. Perlukah mereka beli? Di sini kita membantu mereka, untuk buat keputusan sama ada perlu beli atau tidak.

=========
Selepas berkongsi manfaat, insya Allah akan ada pelanggan pertama, kedua dan seterusnya. Bila ada pelanggan pertama, jangan lepaskan, pastikan dia buat pembelian kedua! Follow up and keep in touch.
===========
Adakah selepas buat pembelian kedua, mereka akan jadi Pelanggan Setia?

Saya menggunakan teknik H=impun, M=inat, T=rust, J=ual (HMTJ)
Apa yang terpenting, jaga pelanggan.
===========
Apa itu Pelanggan Setia?
Pelanggan setia adalah tribe kita dan mereka inilah yang akan buatkan FREE MARKETING untuk kita. Selain dia membeli, dia juga mengajak kenalan-kenalan dia membeli dengan kita. Siapa yang tidak mahu pelanggan setia. Semua orang mahu pelanggan mereka jadi pelanggan setia.

Cuba baca buku ini - Buku Pelanggan Setia.
Antara point dalam buku ini yang saya sudah amalkan ialah memastikan pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan kita. Kalau ada pelanggan tidak berpuas hati, perlu gantikan dengan sebarang manfaat.

Alhamdulillah ramai pelanggan yang mengulang pesanan buku. Sebab pertama, rezeki Allah bagi. Sebab kedua, tanamkan dalam diri untuk jaga pelanggan dan pastikan pelanggan berpuas hati.Dan kesannya, kita bina pada pelanggan rasa 'trust', rasa selesa, rasa senang dengan kita.

Dalam buku 'Memulakan Bisnes Sendiri', muka surat 39, ada juga sentuh tentang pelanggan-pelanggan ini. Tapi buku 'Pelanggan Setia' sentuh dengan lebih mendalam tentang pelanggan.
========
Yang penting bukan banyak mana jualan kita, tetapi berapa ramai boleh kita bantu. Apabila ramai kita dapat bantu, makin ramai suka membeli dengan kita.
========

Selamat berjaya!
Dan Moga bermanfaat.


Friday, 11 March 2016

4 Cara Mendapatkan Ilmu

Entri 87

Teks : Munirah Yusoff


1. Membaca buku. 
Dengan membaca buku, ilmu yang didapati adalah tepat, komprehensif dan murah. Sekurang-kurangnya 3 buah buku seminggu.
  • Dulu saya banyak menghabiskan masa dengan membaca novel.
  • Sekarang saya banyak beralih arah dengan membaca buku motivasi, keagamaan atau yang berunsurkan kemahiran (fotografi, komputer atau masakan)
  • Kebiasaannya ikut mood dan baca sedikit-sedikit. Bila ikut mood, memang banyak beralih dari satu buku ke satu buku.

2. Menghadiri seminar dan kursus. 
Cara ini amat berkesan kerana kita boleh belajar banyak ilmu dalam masa yang singkat.
  • Jika melibatkan pengajian bidang saya (komputer dan IT), saya akan ikuti latihan yang dianjurkan oleh MDEC atau MSC.
  • Sekarang banyak latihan untuk lepasan graduan seperti SLIM, GEMS atau YES anjuran TalentCorp.
  • Kursus-kursus keusahawan pun sudah banyak - setakat ini saya hadir kursus anjuran Dr. Azizan Osman.
  • Untuk asas penulisan dan blog, saya ikuti kelas anjuran Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR)

3. Menggaji pakar atau mentor. 
Cara ini memang berkesan kerana ada pakar yang menunjuk ajar kita. Walaupun cara ini selalunya memakan kos yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan buku dan seminar, ia sering membawa keputusan yang cepat.
  • Contoh jika kita kurang mahir dalam perakauanan atau membina website.
  • Mereka yang mahir akan memudahkan urusan kita.

Mereka yang bijak akan menggunakan kombinasi buku, seminar dan mentor untuk mempercepatkan perjalanan mereka kearah kejayaan.

4. Ada lagi satu cara untuk mendapatkan ilmu untuk mereka yang malas untuk membaca buku atau menghadiri seminar 
  • Tunggu dan lihat jika akan ilmu datang tanpa usaha???
Tunggu untuk dunia mengajar ilmu itu kepadanya! Malangnya apabila ilmu kehidupan itu datang dari dunia, ia selalunya melibatkan banyak tangisan, kerugian, kesakitan dan penderitaan!
Now that you know all these, apakah yang akan anda lakukan?

========================================================
Promosi Mac RM 50
    
Mahu belajar ilmu penulisan blog? Mahu mengetahui bagaimana membina jenama diri melalui blog?
Boleh rujuk di sini > Pakej Kelas Online yang dianjurkan oleh Akademi Bekerja di Rumah (ABDR).
Pendaftaran kelas online dibuka setiap hari.
Pengambilan pelajar Mac 2016 sedang dibuka.
Apabila Puan/Cik Puan sudah bersedia untuk menyertai keluarga besar kami, 
dijemput mendaftar dengan saya melalui:

Munirah Yusoff
Email: pn.munirahyusoff@gmail.com
Sms/Whatsapp: +60193447292
Facebook/Instagram: munirahyusoffonlinestore


Ulasan alumni ABDR boleh dibaca di blog utama:
http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/

Sekiranya ada sebarang pertanyaan, boleh terus ajukan.
Terima kasih~


Mudah Excel (1) : Melibatkan Data Bernombor

Entri 86

Teks : Munirah Yusoff
Sumber : EXCEL TRICKS


video

Ini tips mudah masa menggunakan Excel - terutamanya apabila melibatkan nombor yang banyak. Saya buat ringkasan daripada video di atas, mudah untuk disemak semula. ^_^


NO.
KEKUNCI PINTAS
PENERANGAN

Pengiraan
1
Alt + ‘+ (sign)’
Untuk mendapatkan jumlah akhir.

Pilih kolum atau barisan
2
Ctrl + Spacebar
Pilih hanya 1 kolum sahaja
3
Shift + Spacebar
Pilih hanya 1 baris sahaja

Navigasi
4
Ctrl + Home
Kembali kepada cell pertama = A1
5
Ctrl + End
Pergi ke akhir data

Menyembunyikan  Data
6
1.      Pilih kolum yang ingin di sembunyikan
2.      Ctrl + 0
Menyembunyikan data yang di pilih

Membuang Data
7
1.      Pilih data yang ingin dibuang
2.      Alt + E + D
Membuang data pada cell yang dipilih

Memasukkan Tarikh dan Masa
8
Ctrl + ;
Tarikh semasa
9
Ctrl + Shift + ;
Waktu semasa

Formula
10
Ctrl + ~
Menyemak formula matematik di cell

Tuesday, 8 March 2016

Menambah Maklumat di dalam CV

Entri 85

Teks : Munirah Yusoff
Foto  : Carian Google


Sumber : Carian Google

Kisahnya huraian kerja dan tanggungjawab tak kukuh. Orang yang nak menolong, minta di huraikan lagi butiran yang dia perlukan.

Masa tengah pening nak buat ayat, baru teringat yang sebenarnya dalam jobstreet.com.my banyak sangat huraian yang ada. Tinggal nak pilih dan sunting ayat je.

Kaedahnya:

1. Tengok semula jawatan/pengalaman sebelum ini.
2. Fahami apa yang kita buat.
3. Buat carian kerja di jobstreet yang berkait dengan jawatan/pengalaman.
    Contoh : Help Desk, Account, Project Management.
4. Klik setiap satu jawatan carian yang dipaparkan.
5. Baca setiap huraian dan ambil yang mana ada kaitan dengan pengalaman. Sunting ayat untuk  
   disesuaikan dengan keadaan kita.


*Terlambat nak faham keadaan sendiri sebelum ni* :D

Wednesday, 2 March 2016

20 nota produktif usahawan SOHO

Entri 84

Teks: Munirah Yusoff
Foto: ABDR
Sumber: Ebook 101 Idea Home Based Bisnes.


1. Mulai hari dengan penuh semangat.
Ia bermula dengan sarapan yang baik, fikiran yang tenang, bersemangat untuk bekerja. Nyahkan segera segala fikiran negatif dan mahu berusaha sebaik mungkin untuk hari tersebut.
2. Memiliki kerusi yang baik.
Kerusi berfungsi untuk menyokong badan ketika duduk, mencegah sakit belakang dan ia membantu untuk anda memiliki tubuh badan yang sihat. Duduk berjam-jam memerlukan anda sebuah kerusi yang selesa dan menjaga kesihatan.
3. Nota dan pen.
Selalulah membawa bersama nota dan pen. Ia boleh sahaja sebagai catatan untuk menulis idea yang muncul secara tiba-tiba, projek baru atau entri baru untuk blog.
Memiliki papan kenyataan juga menjadikan pemilik SOHO lebih terurus. Sentiasa berada dalam trek apabila melihat apa yang sedang
"dikerjakan‟ dan projek akan datang. Jadi diri anda sentiasa produktif dan tahu apa yang akan dilakukan seterusnya.
4. Beri diri masa berehat.
Jangan kunci diri dalam bilik sepanjang masa. Untuk setiap jam dan bekerja, istirehat lima hingga 10 minit.
5. Lakukan perkara yang mengembirakan.
Apabila sesuatu tugasan berat, lakukan hal-hal kecil yang boleh mencetuskan perasaan gembira, seperti menikmati sepotong coklat, membaca artikel lucu, atau boleh sahaja menulis catatan harian dan berkongsi di blog peribadi.
6. Jadual kerja.
Ada individu yang gemar bekerja pada waktu pagi, ada pula yang suka pada petang atau malam hari. Pilih masa kerja yang boleh member momentum kepada produktiviti.
7. Berhati-hati dengan pengaruh sekeliling.
Ada individu yang suka bekerja dengan suasana tenang, sunyi, ada yang suka bekerja sambil mendengar muzik dan menonton tv. Jika ia membantu anda bekerja dengan baik, boleh teruskan,
Baca lagi di sini: Ebook 101 Idea Home Based Bisnes.

Tuesday, 1 March 2016

Kelas asas Akaun bulan Mac 2016

Entri 83

Teks: Munirah Yusoff
Sumber: Aishah Hussein ABDR


Assalamualaikum


Pendaftaran kelas asas urus akaun secara online bagi March 2016 kini dibuka.

1.     Kelas Online Asas Urus Akaun (Min 3 orang)
Tarikh
6/03/2016 Ahad
Masa
9.30pg - 12.30tgh

Modul
Modul 1: Basic book keeping.
- Bagaimana merekod buku simpan kira?

Modul 2: Pengenalan kepada asas perniagaan dan fungsinya.
- Mengenal dan belajar kepentingan dokumen.
- Invois, cash, bil, resit, purchase order


2.      Grup Coaching 3 tempat kosong lagi
Tarikh
12/3/16, Sabtu
Masa
9.30am - 2.00pm

* Sijil dan Refreshment Disediakan
* Kelas dalam kumpulan kecil (Min 4 peserta)
Tempat
Taman Dutamas, Cheras
Modul
1.      Pengenalan Buku Kira-kira and Perakaunan
2.      10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh usahawan
3.      How to do record keeping yang betul (Lejar, untung, rugi dan balance sheet)
4.      Pengenalan kepada Asas Kos dan Meletakkan Harga pada satu-satu produk.
5.      Akaun untung atau Rugi. Syarikat anda UNTUNG atau RUGI????
6.      Case Study (Merangkumi penyediaan akaun penuh) - hands on task.

3.      Grup Coaching (Min 4-6 peserta)
Tarikh
26/03/16 Sabtu
Masa
9.30am - 2.00pm
Tempat
Putrajaya
Modul
1.      Pengenalan Buku Kira-kira and Perakaunan
2.      10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh usahawan
3.      How to do record keeping yang betul (Lejar, untung, rugi dan balance sheet)
4.      Pengenalan kepada Asas Kos dan Meletakkan Harga pada satu-satu produk.
5.      Akaun untung atau Rugi. Syarikat anda UNTUNG atau RUGI????
6.      Case Study (Merangkumi penyediaan akaun penuh) - hands on task.

Berminat untuk mendaftar kelas ini,

boleh terus hubungi saya: Munirah di whatsapp +60193447292.