Wednesday, 27 April 2016

Bidang Kecantikan : Memilih atau Terdesak?

Entri 95

Teks: Munirah Yusoff
Foto: Munirah Yusoff


Hampir sebulan saya berada di ABS Beauty sebagai salah seorang Tim Sales Online. Terus terang awal-awal begini memang agak sukar untuk saya sesuaikan diri. Maklumlah dari bidang teknikal (IT), 'tersasar' pula ke bidang kecantikan. :D
.

Kena pula bahagian Jualan dan Pemasaran, lagilah terasa bebanan tu lain sedikit. Bila saya sudah biasa dengan bahasa komputer, agak sukar untuk saya fahami bahasa bisnes secara profesional. Minat untuk berbisnes ada, tetapi pendedahan untuk menjalankan bisnes itu tiada. Jadi, memang main terjah tanpa sebarang perancangan.
.

Memilih untuk berada di ABS Beauty itu adalah pilihan sendiri. Terpaksa untuk memahami bahasa kecantikan dan bisnes itu pun pilihan sendiri. Sebab saya perlu mula dari bawah, dan kena 'push' diri untuk seiring dengan status sebagai Tim Sales Online.
.

Banyak perkara perlu saya pelajari. Antara perkara yang saya rasakan amat penting apabila terjun ke bidang bisnes, ialah:
  1. Teknik Copywriting
  2. Teknik Soft-Selling dan perbezaan dengan penggunaan Hard-Selling
  3. Teknik Call-To-Action (CTA)
  4. Teknik close-deal
  5. Penggunaan SOP (Standard Operation Procedure)
  6. Pengurusan Kewangan - Buku Tunai, Buku Legar dan lain-lain yang berkaitan.
  7. Pengurusan Jualan - Mencatat jualan harian dan bulanan
  8. Pengurusan Maklumat Pelanggan (Data Bank)
.

Tak terkejar rasanya. Tapi harap-harap dapat buat walaupun terasa lambat nak dapatkan hasil.

.
.
.
.

Ada juga yang bertanya, 'Kenapa saya masuk bidang kecantikan dan tak cari kerja IT?'

Jawapan saya senang 'Sementara saya dapat kerja IT, jika ada peluang untuk saya tambah kemahiran walaupun nampak tak berkaitan, apa salahnya.'

Saya tak mahu kesilapan saya yang menganggur lama selepas habis Degree tanpa sebarang pekerjaan menjadi punca saya susah untuk dapatkan kerja petama. Sekurang-kurangnya ilmu-ilmu yang saya ada dapat digunakan.

Tapi, memang harapan saya untuk dapat 'berkuli' juga di dalam bidang IT. hehhehe.. Insya Allah harap-harap dipermudahkan. Aminn
.
.
.

Wednesday, 20 April 2016

Buku Catatan Harian

Entri 94

Teks : Munirah Yusoff
Foto : Carian Google




Buku Catatan Harian kebiasaannya digunakan untuk mencatat kegiatan harian peribadi. Ia lebih merujuk kepada catatan emosi seseorang. Namun, apabila kita menjadikan catatan harian kita bagi mencatatkan kemajuan diri atau ilmu-ilmu yang kita dapat, ia akan menjadi bermanfaat untuk disimpan lama.

    Dulu saya selalu menggunakan satu buku catatan untuk menyimpan semua maklumat yang saya dapat. Buku tersebut hanya ditukar apabila sudah sampai ke helaian terakhir. Sekarang, sedikit demi sedikit saya cuba terapkan pengasingan maklumat supaya mudah saya mencari. Antaranya:

1
NOTA BISNES

-          Bacaan buku, carian internet atau video
-          Perbincangan tidak formal
-          Seminar, bengkel atau perbincangan formal

2
NOTA KEAGAMAAN
-          Bacaan buku, carian internet atau video
-          Kelas agama

3
LAIN (DIY, MASAKAN, dan lain-lain)
-          Softcopy diasingkan mengikut TARIKH [DDMMYY] + TAJUK
-          Hardcopy disimpan di dalam fail mengikut label.

4
NOTA KECIL
-          Apabila berjalan atau bercuti agar kita tidak terlupa apabila mendapat idea.

 
 Apa yang penting, setiap kali menulis perlu ada:
    1. TAJUK

    2. TARIKH

    3. LABEL 
       - Jika menggunakan buku, boleh menggunakan pelekat berwarna.
       - Jika menggunakan fail, boleh menggunakan kertas berwarna yang sedia mempunyai penanda.

    4. RINGKASAN
   - Buat nota seringkas yang mungkin dengan kaedah point.

*******************
Ini adalah sedikit perkongsian yang saya buat. Mungkin ada rakan-rakan lain yang boleh berkongsi bagaimana untuk mengemaskini atau menyimpan maklumat dengan tertib. ^_^
*******************

Tuesday, 19 April 2016

KUASA BAHASA MELAYU TINGGI

Entri 93

Teks : Munirah Yusoff

Waktu kita sekolah rendah hingga menengah, kita belajar Tatabahasa Bahasa Melayu supaya:
  1. Kita mengeja dengan betul.
  2. Kita sebut dengan betul.
  3. Kita menggunakan perkataan dengan betul.

Motif?

Supaya kita terdidik dalam menggunakan bahasa dan perkataan yang penuh. Bila kita berbahasa, orang akan berbahasa semula dengan kita.

Tapi bukanlah bercakap atau berbahasa terlalu sastera.

Apa yang penting, orang akan faham penyampaian kita.

Selalu kita perasan, ada beberapa perkataan pendek (short form) yang digunakan oleh Gen Y tidak difahami oleh golongan Gen X.

Sekarang pula, zaman perkataan itew, titew, kitew pula yang ambil alih. Pening kepala saya nak faham. 
grin emoticon
.

Berada di kelompok sahabat-sahabat Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR), saya belajar penulisan blog sebagai penjenamaan diri. Konsisten dan sistematik dalam menyampaikan maklumat melalui blog dengan baik
.

Berada di kalangan sahabat-sahabat ABS Beauty, saya cuba aplikasikan penggunaan bahasa melayu tinggi ke dalam dunia bisnes. 
.

*Bukan tak pernah guna bahasa melayu tinggi semasa bekerja sebelum ini, cuma kurang dipraktikan*

Tuesday, 12 April 2016

Kongres Sekolah Bisnes 2016

Entri 92

Teks : Munirah Yusoff
Foto : Munirah Yusoff & Rakan ABS Beauty

Sahabat-sahabat ABS Beauty dan Orked Spa

Hujung minggu lepas (2 hingga 3 April 2016), saya berkesempatan menyertai Kongres Sekolah Bisnes 2016 di TM Convention Centre, sebagai salah seorang Tim ABS Beauty dan Orked Spa. Kongres ini adalah anjuran ABS Holdings Snd Bhd, di mana pengasasnya ialah Puan Ainon Mohd yang menubuhkan syarikat PTS Media Group Sdn Bhd.

Boleh lihat maklumat penuh di SINI.

Aktiviti yang berlangsung di Kongres
  Oleh kerana saya lebih fokus dalam menguruskan bahagian kewangan dan pengumpulan data pelanggan yang berpusu-pusu untuk mendapatkan servis di booth Orked Spa, saya tidak berkesempatan untuk mendengar setiap sesi yang berlangsung dengan lebih lanjut. Yang mana saya sempat untuk mencatat, saya akan catat.

Apa Yang Dipelajari?

+ Mengetahui perbezaan di antara Intrapreneur dan Entrapreneur. Di mana kita tergolong?
  1. Di antara dua golongan ini, mereka mempunyai passion yang sama dalam merealisasikan idea, hanya berbeza pada corak modal yang ada dalam berbisnes.
  2. Entraprenuer mempunyai syarikat dan modal yang besar. Apabila mereka nampak peluang, mereka akan memberi modal kepada orang lain untuk melaksanakan idea mereka.Umpamanya, mereka mahu menjalankan perniagaan food truck, tetapi tidak tahu memasak. Maka mereka akan memberi modal kepada orang yang tahu memasak.
  3. Intrapreneur pula mempunyai idea untuk dilaksanakan tetapi kekurangan modal. Oleh itu, mereka memerlukan pemodal untuk melabur kepada mereka supaya idea itu terlaksana.

+ Memahami bakat yang ada dalam diri dan juga budaya kerja orang bisnes yang produktif.
  1. Membina bakat sedari kecil supaya produktif dalam menghasilkan kerja.
  2. Mewujudkan minda usahawan yang mahu menyelesaikan masalah.

+ Antara sesi-sesi menarik yang sempat saya catat adalah mengenai:

1. FERTIGASI oleh Tuan Zamir Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif GM Peladang)
  • Bagaimana kita boleh mencari produk yang mudah berbunga, berbuah dan senang dijumpai.
  • Teknik menjadikan ruangan terhad yang kita ada sebagai tempat menanam. Malah dengan ketepatan baja dan air untuk menyemai boleh menjadikan tanaman kita dijual di kawasan kejiranan.
  • Teknik pembungkusan jika mahu menjual di kawasan kejiran atau memasuki pasaran kecil seperti di pasar pagi.
  • Bagaimana memenuhi aspek keperluan harian dalam mengurangkan kos hidup dengan barang sedia ada.

2. TAM NASI AYAM oleh Tuan Az Zubair (Pengasas)
  • Tips memilih dan mengenalpasti lokasi pasaran sekitar.
  • Tips melatif staff dengan melahirkan leader 
  • Tips memberi reward yang bersesuaian untuk meraikan staff
  • Teknik menurunkan kuasa agar tidak perlu sentiasa di restoran

3. BERBISNES DENGAN BUDAYA DAN BANGSA LAIN
            * Tuan Nadhir Asyafiq Zainal Abidin
            * Haji Malek Rizal Mohsin
            * Haji Isa Ismail

  • Forum yang memberi pemahaman kepada kita bagaimana mahu berbisnes dengan budaya dan bangsa lain.
  • Apabila kita mahu mereka memahami cara dan tata tertib kita, sebaiknya kita harus juga menyesuaikan diri kita dengan mereka. Jadi mereka akan memahami kita.
  • Harus ada sifat mengalah apabila berbeza pendapat dan seiring dalam perjuang. Ini supaya partnership tidak goyah jika terlalu ego dalam menegakkan pendapat sendiri.
  • Berkompromi supaya dapat mencari solusi untuk setiap masalah yang di hadapi.
  • Walaupun masing-masing ada kehidupan sendiri, mampu berdiplomasi supaya ada titik persamaan dalam berpartner.
  • Bila kita buka cawangan di luar atau kawasan yang kita kurang fahami budaya masyarakat sekitar, cari partner di kawasan itu kerana meraka faham dengan budaya mereka sendiri.
  • Walau sering menggunakan emel untuk berkomunikasi, usahakan juga untuk bersemuka supaya masing-masing mengetahui lebih lanjut  mengenai close deal. Ini bagi mengelakkan communication breakdown.
  • Yang paling penting, elakkan sebarang sentimen, cuba tangani dengan baik untuk mengelakkan sebarang masalah.
****************************************

Dari segi pengurusan kewangan pula, banyak yang saya dapat pelajari, sama ada maklum balas dari tim ABS dan pemerhatian sendiri. Antaranya:
  1. Cara mencatat setiap keluar masuk duit dengan betul supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini.
  2. Cara mudah seimbangkan catatan di senarai servis dan di resit.
  3. Bagaimana cara kita mahu menyerahkan duit kepada orang lain apabila kita tidak berada di kawasan tersebut.
  4. Yang penting, fokus dalam menjaga menjaga amanah. ^_^

Saya akui ini adalah program yang saya hadir dengan menanggung amanah yang besar. Tak ada sebarang pengalaman yang kukuh *kecuali masa sekolah menengah jaga koperasi selama 3 bulan*. Tapi dari sinilah, sebenarnya ramai yang menolong supaya saya tak kecoh gugup serabut jatuh semangat. Pengalaman peribadi:
  • Setiap masalah yang dihadapi, jangan tunjuk depan pelanggan. Sebesar mana pun, cari ruang yang tertutup supaya kita dapat selesaikan.
  • Layan pelanggan dengan baik dan tenang walaupun kita penat. Kalau perlukan masa rehat, beritahu pelanggan dengan sopan dan tertib.
  • Harus sediakan SOP bertulis walaupun untuk rujukan kita sendiri.
  • TENANG TENANG dan TENANG! Bak kata Cik Fa, solat dulu nanti dapat jawapan. ^_^

Insya Allah, mungkin Kongres 2017 dalam senarai program yang wajib dihadiri. Amin. 



Bersama dengan Puan Ainon

Orked Spa.
Di sini kami memberi servis ekspres - manicure dan refleksologi.

Pentas dan ruang hadirin di dewan TM Convention Centre

Tim ABS Beauty dan Orked Spa


Senarai program selari di hari kedua.
Program selari di adakan bagi mereka yang mahu fokus
dalam bidang yang ingin diceburi.

Cik Puan Leeya - teraju utama dalam refleksologi Orked Spa.


Cik Puan Fatin - teraju utama di dalam servis:
1.Manicure dan Padicure
2. Urutan
3. Facial
4. Anti Callus


Antara mereka yang sudah mendapatkan servis ekspres di Orked Spa sepanjang
dua hari di Kongres.

Produk penjagaan wajah.
1. NUTRESKIN Beauty Bar
2. Miracle Argan Oil
3. Span Konjac 

Saya dan Cik Fa. Cik Fa yang banyak bantu saya
untuk tenang dan bimbing untuk uruskan duit
semasa Kongres berlangsung.
Semasa sesi bergambar beramai-ramai.

*** Terima kasih kepada Puan Ungku yang banyak memberi peluang kepada kami untuk belajar.***

Saturday, 9 April 2016

Blog Sebagai Medium Penulisan

Entri 91

Teks : Munirah Yusoff
Sumber : Ebook Asas Blog Penulisan

Blog merupakan salah satu medium yang boleh menjadi rujukan khusus kepada pembaca. Malah blog yang berinformasi, jujur dan beretika dalam penyampaian berupaya menjadikan pembaca ketagih untuk datang lagi.

Antara ciri-ciri blog berpengaruh adalah:

1. Entri penyelesai masalah

Salah satu tumpuan blog adalah menyelesaikan masalah pembaca. Contohnya dalam masakan:

  • Pembaca setia yang selalu datang, akan mencari jenis resipi yang dimahukan.
  • Manakala tips-tips mudah didapur menjadikan blog tersebut sebagai pembantu masalah di hujung jari.

Begitu juga blog teknikal, bisnes dan sebagainya, blog tersebut berpotensi menjual kepakaran melalui informasi yang di sampaikan.

.
2. Penulisan santai dan bersahaja namun punya banyak kisah pengajaran
Kisah kita kadangkala kita malu untuk berkongsi, namun bagi kes-kes tertentu pengalaman benar adalah kisah teladan realistik. Mungkin ada orang mengalami masalah yang sama, apabila membaca satu-satu kasha, ia dapat mengubah pandangan dan memberi pengajaran dalam satu sisi yang lain.
Maka tulis dan kongsi pengalaman benar, mungkin membantu pembaca untuk mencapai kelegaan dan menyelesaikan masalah dari sudut berbeza.
.
Blog boleh menjadi salah satu tarikan kepada pembaca tegar. Membina hubungan yang baik dengan pembaca, dengan sendirinya akan mudah menjadi pelanggan.

==================================

Kelas Asas Blog Dan Penulisan

Pendaftaran kelas online dibuka setiap hari.
Pengambilan pelajar April 2016 sedang dibuka.
Apabila Puan/Cik Puan sudah bersedia untuk menyertai keluarga besar kami, 
dijemput mendaftar dengan saya melalui:

Munirah Yusoff
Email: pn.munirahyusoff@gmail.com
Sms/Whatsapp: +60193447292


Ulasan alumni ABDR boleh dibaca di blog utama:
http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/

Sekiranya ada sebarang pertanyaan, boleh terus ajukan.
Terima kasih~