Tuesday, 12 April 2016

Kongres Sekolah Bisnes 2016

Entri 92

Teks : Munirah Yusoff
Foto : Munirah Yusoff & Rakan ABS Beauty

Sahabat-sahabat ABS Beauty dan Orked Spa

Hujung minggu lepas (2 hingga 3 April 2016), saya berkesempatan menyertai Kongres Sekolah Bisnes 2016 di TM Convention Centre, sebagai salah seorang Tim ABS Beauty dan Orked Spa. Kongres ini adalah anjuran ABS Holdings Snd Bhd, di mana pengasasnya ialah Puan Ainon Mohd yang menubuhkan syarikat PTS Media Group Sdn Bhd.

Boleh lihat maklumat penuh di SINI.

Aktiviti yang berlangsung di Kongres
  Oleh kerana saya lebih fokus dalam menguruskan bahagian kewangan dan pengumpulan data pelanggan yang berpusu-pusu untuk mendapatkan servis di booth Orked Spa, saya tidak berkesempatan untuk mendengar setiap sesi yang berlangsung dengan lebih lanjut. Yang mana saya sempat untuk mencatat, saya akan catat.

Apa Yang Dipelajari?

+ Mengetahui perbezaan di antara Intrapreneur dan Entrapreneur. Di mana kita tergolong?
  1. Di antara dua golongan ini, mereka mempunyai passion yang sama dalam merealisasikan idea, hanya berbeza pada corak modal yang ada dalam berbisnes.
  2. Entraprenuer mempunyai syarikat dan modal yang besar. Apabila mereka nampak peluang, mereka akan memberi modal kepada orang lain untuk melaksanakan idea mereka.Umpamanya, mereka mahu menjalankan perniagaan food truck, tetapi tidak tahu memasak. Maka mereka akan memberi modal kepada orang yang tahu memasak.
  3. Intrapreneur pula mempunyai idea untuk dilaksanakan tetapi kekurangan modal. Oleh itu, mereka memerlukan pemodal untuk melabur kepada mereka supaya idea itu terlaksana.

+ Memahami bakat yang ada dalam diri dan juga budaya kerja orang bisnes yang produktif.
  1. Membina bakat sedari kecil supaya produktif dalam menghasilkan kerja.
  2. Mewujudkan minda usahawan yang mahu menyelesaikan masalah.

+ Antara sesi-sesi menarik yang sempat saya catat adalah mengenai:

1. FERTIGASI oleh Tuan Zamir Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif GM Peladang)
  • Bagaimana kita boleh mencari produk yang mudah berbunga, berbuah dan senang dijumpai.
  • Teknik menjadikan ruangan terhad yang kita ada sebagai tempat menanam. Malah dengan ketepatan baja dan air untuk menyemai boleh menjadikan tanaman kita dijual di kawasan kejiranan.
  • Teknik pembungkusan jika mahu menjual di kawasan kejiran atau memasuki pasaran kecil seperti di pasar pagi.
  • Bagaimana memenuhi aspek keperluan harian dalam mengurangkan kos hidup dengan barang sedia ada.

2. TAM NASI AYAM oleh Tuan Az Zubair (Pengasas)
  • Tips memilih dan mengenalpasti lokasi pasaran sekitar.
  • Tips melatif staff dengan melahirkan leader 
  • Tips memberi reward yang bersesuaian untuk meraikan staff
  • Teknik menurunkan kuasa agar tidak perlu sentiasa di restoran

3. BERBISNES DENGAN BUDAYA DAN BANGSA LAIN
            * Tuan Nadhir Asyafiq Zainal Abidin
            * Haji Malek Rizal Mohsin
            * Haji Isa Ismail

  • Forum yang memberi pemahaman kepada kita bagaimana mahu berbisnes dengan budaya dan bangsa lain.
  • Apabila kita mahu mereka memahami cara dan tata tertib kita, sebaiknya kita harus juga menyesuaikan diri kita dengan mereka. Jadi mereka akan memahami kita.
  • Harus ada sifat mengalah apabila berbeza pendapat dan seiring dalam perjuang. Ini supaya partnership tidak goyah jika terlalu ego dalam menegakkan pendapat sendiri.
  • Berkompromi supaya dapat mencari solusi untuk setiap masalah yang di hadapi.
  • Walaupun masing-masing ada kehidupan sendiri, mampu berdiplomasi supaya ada titik persamaan dalam berpartner.
  • Bila kita buka cawangan di luar atau kawasan yang kita kurang fahami budaya masyarakat sekitar, cari partner di kawasan itu kerana meraka faham dengan budaya mereka sendiri.
  • Walau sering menggunakan emel untuk berkomunikasi, usahakan juga untuk bersemuka supaya masing-masing mengetahui lebih lanjut  mengenai close deal. Ini bagi mengelakkan communication breakdown.
  • Yang paling penting, elakkan sebarang sentimen, cuba tangani dengan baik untuk mengelakkan sebarang masalah.
****************************************

Dari segi pengurusan kewangan pula, banyak yang saya dapat pelajari, sama ada maklum balas dari tim ABS dan pemerhatian sendiri. Antaranya:
  1. Cara mencatat setiap keluar masuk duit dengan betul supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini.
  2. Cara mudah seimbangkan catatan di senarai servis dan di resit.
  3. Bagaimana cara kita mahu menyerahkan duit kepada orang lain apabila kita tidak berada di kawasan tersebut.
  4. Yang penting, fokus dalam menjaga menjaga amanah. ^_^

Saya akui ini adalah program yang saya hadir dengan menanggung amanah yang besar. Tak ada sebarang pengalaman yang kukuh *kecuali masa sekolah menengah jaga koperasi selama 3 bulan*. Tapi dari sinilah, sebenarnya ramai yang menolong supaya saya tak kecoh gugup serabut jatuh semangat. Pengalaman peribadi:
  • Setiap masalah yang dihadapi, jangan tunjuk depan pelanggan. Sebesar mana pun, cari ruang yang tertutup supaya kita dapat selesaikan.
  • Layan pelanggan dengan baik dan tenang walaupun kita penat. Kalau perlukan masa rehat, beritahu pelanggan dengan sopan dan tertib.
  • Harus sediakan SOP bertulis walaupun untuk rujukan kita sendiri.
  • TENANG TENANG dan TENANG! Bak kata Cik Fa, solat dulu nanti dapat jawapan. ^_^

Insya Allah, mungkin Kongres 2017 dalam senarai program yang wajib dihadiri. Amin. 



Bersama dengan Puan Ainon

Orked Spa.
Di sini kami memberi servis ekspres - manicure dan refleksologi.

Pentas dan ruang hadirin di dewan TM Convention Centre

Tim ABS Beauty dan Orked Spa


Senarai program selari di hari kedua.
Program selari di adakan bagi mereka yang mahu fokus
dalam bidang yang ingin diceburi.

Cik Puan Leeya - teraju utama dalam refleksologi Orked Spa.


Cik Puan Fatin - teraju utama di dalam servis:
1.Manicure dan Padicure
2. Urutan
3. Facial
4. Anti Callus


Antara mereka yang sudah mendapatkan servis ekspres di Orked Spa sepanjang
dua hari di Kongres.

Produk penjagaan wajah.
1. NUTRESKIN Beauty Bar
2. Miracle Argan Oil
3. Span Konjac 

Saya dan Cik Fa. Cik Fa yang banyak bantu saya
untuk tenang dan bimbing untuk uruskan duit
semasa Kongres berlangsung.
Semasa sesi bergambar beramai-ramai.

*** Terima kasih kepada Puan Ungku yang banyak memberi peluang kepada kami untuk belajar.***

3 comments: