Thursday, 26 May 2016

Standard Operation Procedure (SOP)

Entri 102

Teks : Munirah Yusoff
Foto : Carian Google

Sumber : www.educationportals.net

Ketika saya diberi peluang menjaga keluar masuk duit jualan dan mencatat terapis yang melakukan rawatan (ABS Beauty & Orked Spa) di Kongres Sekolah Bisnes 2016, adalah satu kesilapan bila saya tak ada SOP yang betul dan lengkap.
.

Dari satu kesilapan, berjangkit-jangkit kesilapan yang saya kena tanggung. Antaranya

#1 Tiada senarai kerja khusus yang saya perlu buat. Maka, tiada senarai langkah-demi-langkah yang membantu saya dalam menguruskan kekalutan yang berlaku.
  • Saya hanya mengingat sahaja. Tiada panduan di atas kertas
  • Saya guna kaedah cuba-jaya. Buat tanpa perancangan.

#2 Tiada perancangan pengurusan untuk jualan dan pemasaran.


Sepatutnya hari tersebut, saya perlu ada SOP:
  • Buku Tunai dan Resit
  • Keluar Masuk Duit : Duit yang dipegang, Serahan duit kepada staff lain (jika ada kecemasan)
  • Buku Catatan Serahan atau Penerimaan Duit Tambahan atau Tukaran
  • Close Sale

Ini menyebabkan berlakunya sedikit masalah semasa Close Sale.

.
.

Yang ada saya buat, 1 senarai produk dan servis (lihat gambar) selama 2 hari Kongres tersebut berlangsung. 

Jika ada peserta yang datang mahukan servis atau membeli produk, saya akan:
  1. Tulis nama staff yang terlibat
  2. Tandakan servis yang dibuat atau produk yang terjual



Saya hanya buat catatan di sini, tanpa menulis nama terapis di resit jualan. Jadi agak sukar sebenarnya semasa saya cuba buat semakan untuk pembayaran komisyen.

Boleh bayangkan, betapa serabutnya saya ketika ini sebab tak ada SOP yang betul. :D
.
.
.
.

Apa yang penting, buat SOP yang ringkas supaya orang lain yang terlibat pun boleh faham dan dapat di aplikasikan bersama-sama. Berdasarkan pengalaman saya ini, SOP yang perlu adalah:

NO.
JENIS SOP
PERKARA YANG TERLIBAT
1
Pengurusan Tunai
1.     Siapa yang pegang duit
2.     Siapa yang terima duit
3.     Siapa yang serah duit
4.     Siapa yang tukar duit
2
Pengurusan Resit
1.     Nama dan No. HP pelanggan
2.     Produk/Servis/Kuantiti
3.     Nama terapis
4.     Nama staff yang uruskan
2
Pengurusan Masa Servis
1.     Berapa lama servis di jalankan
2.     Berapa ramai pelanggan untuk seorang terapis
3.     Masa rehat terapis

Friday, 20 May 2016

Buku : GAYA KEPIMPINAN DI TEMPAT KERJA

Entri 101

Teks & Foto : Munirah Yusoff




Sebenarnya saya baru tahu kewujudan buku 'GAYA KEPIMPINAN DI TEMPAT KERJA' ini semasa melihat Flash Sale PTS di Facebook PTS. Sebuah buku RM 2. Tapi tak ambil kisah dan tak terniat pun nak beli. Sebab rasa macam buku-buku yang dijual terlalu murah sebegini, jarang mendapat perhatian orang.
.

Cuma saya jadi beli bila saya singgah ofis ABS Holdings sementara menunggu Tuan yang memegang kunci ofis ABS Beauty habis mesyuarat. Rakan saya, Puan Nora (Tim Sales Online) yang perasan buku ini di atas meja Puan Nadia (ABS - Branding). Katanya seronok dan maklumat yang bagus walaupun sekejap saja bacanya.
.

Bila dah Puan Nora kata bagus, terus saya beli. Ingat nak buat pesanan 2 buah tapi masa tu tinggal 1 saja. Cepat-cepat saya check-out dan bayar sebab tak mahu terlepas. Tak jangka pula buku ni cepat habis. :D
.

Saya tak pasti di kedai masih ada atau tidak, yang pasti pihak PTS tak akan buat cetakan lagi. Rezeki saya saat-saat akhir dapat beli. Insya- Allah jika sudah habis baca, saya akan buat review. :)
.
.
.
Ini antara maklumat mengenai 'GAYA KEPIMPINAN DI TEMPAT KERJA' ini. 

SINOPSIS

Pemimpin super TAHU
Kerana satu perkataan, seluruh organisasi bergerak.
Kerana satu arahan, gaya kerja berubah.
Kerana satu pandangan, persepsi pengikut beralih arah.
Pemimpin super SEDAR
Ada sebahagian pengikut berkata ya, sebahagian berkata tidak.
Ada pemimpin diangkat dan ada pula yang ditolak.
Ada pula yang diangkat awalnya akhirnya tertolak.
Pemimpin super MAHU
Menguasai kunci mengawal pengikut.
Memegang lebih daripada satu kuasa dalam organisasi.
Pengikut akur, pemimpin jadi tenang. Buku Gaya Kepimpinan di Tempat Kerja memberi langkah kepada anda bagi menjadi pemimpin super.

ISI KANDUNGAN

Bahagian 1: MEMAHAMI KEPIMPINAN
Bahagian 2: KAJIAN KEPIMPINAN
Bahagian 3: CIRI-CIRI PEMIMPIN
Bahagian 4: GAYA PIMPINAN TRANSFORMASI
Bahagian 5: PENGURUS DAN PEMIMPIN
Bahagian 6: PEMIMPIN DAN KUASA
Bahagian 7: PEMIMPIN DAN PENGARUH
Bahagian 8: PEMIMPIN DAN PENGAMPU
Bahagian 9: PEMIMPIN DAN POLITIK PEJABAT
Bahagian 10: PEMIMPIN SEBAGAI PELERAI KONFLIK
Bahagian 11: PEMIMPIN DAN MENYELESAIKAN MASALAH
Bahagian 12: KESILAPAN PEMIMPIN
Bahagian 13: PEMIMPIN DAN MEMBUAT KEPUTUSAN
Bibliografi

Wednesday, 18 May 2016

Skill Bisnes Paling Asas (BRC.MY)

Entri 100

Teks : Munirah Yusoff
Sumber : BRC.MY


Melalui pembacaan saya di Facebook BR.exploration, punca bisnes yang dilakukan mengalami masalah adalah kerana 2 kesilapan ini:

#1 Tunggu sempurna baru mahu mula

Bila terlalu mencari kesempurnaan seperti pergi kursus motivasi, mentelaah beberapa buah buku, mencari maklumat atau kumpul modal yang banyak, tetapi tiada sebarang tindakan, akan menyebabkan kita semakin kebelakang.

Malah, mungkin idea-idea yang ada tidak diketahui berjaya atau tidak kerana tanpa tindakan, kita tidak tahu apa keputusan yang perlu dibuat. Sama ada idea tersebut boleh dipakai atau lupakan terus dan cuba yang lain.
.

#2 Terus mula tanpa ilmu asas
Ini kebiasaan yang berlaku jika kita terus melakukan bisnes tetapi tiada asas untuk menjadikan tindakan kita itu berjaya.

Ilmu asas seperti:
  1. Jenis Perniagaan yang ingin dijalankan - Produk, Sasaran Pelanggan
  2. Pengurusan Kewangan
  3. Pengurusan Stok
  4. SOP
  5. Teknik Jualan - HardSelling vs SoftSelling
  6. Copywriting

Tanpa ilmu asas atau kekurangan sumber maklumat, boleh menyebakan kita rasa putus asa jika tiada pelanggan yang membeli.
.
.
.

Untuk pembacaan lebih lanjut, boleh baca di sini ---- > BRC.MY - SKILL BISNES PALING ASAS

Pinterest : Sumber Maklumat Bergambar

Entri 99

Teks : Munirah Yusoff
Foto : Carian Pinterest



Rasanya saya agak terlewat dalam menggunakan Pinterest.

Selalu jumpa gambar menarik di Pinterest, tapi tak pernah terniat pun nak ada akaun Pinterest.
.

Sekali Puan Ungku Rohaiza tunjuk, rambang mata terus saya dan PuanNoRa Aida jenguk-jenguk.
.

Skrol laju-laju sambil simpan gambar untuk buat rujukan nota sendiri. 
.

Oleh kerana memang saya tak ada buku khusus mengenai kecantikan, kecuali Majalah Rapi dan Majalah Mingguan Wanita (yang ada Tip & Info Kecantikan), Pinterest adalah rujukan kedua untuk saya lihat bagaimana membuat poster yang menarik dan ringkas.
.

Makin cepat la nampaknya bateri smartphone habis. :D

Saturday, 7 May 2016

Belajar Buat Dropship Buku

Entri 98

Teks & Foto : Munirah Yusoff



3 perkara yang saya cuba buat untuk dropship buku:

1. Kenal prospek mana yang nak disasarkan.
Sasaran paling dekat ahli keluarga dan rakan-rakan.
.
2. Tahu minat atau fokus yang prospek suka.
Travels, bisnes, motivasi, atau keagamaan.
.
3. Tawaran yang menarik.
Saya fokus pada FREE SHIPPING baru-baru ini.
.
Hasilnya? Dapatlah juga close sales walaupun beritahu ada FREE SHIPPING saat-saat akhir.
.
Cuba jaya untuk dapatkan rentak.

Thursday, 5 May 2016

Penceritaan Melalui Gambar

Entri 97

Teks & Foto : Munirah Yusoff


Sebelum saya bercerita lebih lanjut mengenai gambar yang saya ambil ini, ada beberapa soalan yang saya nak tanya anda:

✔Perkara pertama yang terlintas di fikiran?
✔Gambar tanpa sebarang penjelasan, adakah difahami maksud yang nak disampaikan?
✔Adakah susunan berjaya menyampaikan maksud?

.

Ini adalah gambar yang saya ambil selepas saya pergi bercuti. Kenapa?

✔Saya nak tunjukkan dimana saya pergi 
✔Hanya berbekalkan 2 ketul kecil sahaja  tanpa perlu bawa 1 buku sabun.
✔Sebagai pengguna sepanjang saya bercuti jika ia berbaloi dibawa.
.

Mungkin ada yang lebih mahir boleh memberi komen. Supaya saya dapat menggunakan gambar yang terbaik untuk mengukuhkan penceritaan saya. ^_^

Monday, 2 May 2016

Cuba Jaya Buat Poster

Entri 96

Teks & Foto : Munirah Yusoff


Dua poster dibawah ini adalah percubaan pertama saya untuk buat copywriting di FB page Sekolah Kecantikan Bisnes dan Orked Spa.
.

Terus terang memang terasa macam tak profesional bila publish. Tak berapa menjadi untuk dapatkan perhatian pembaca. :D
.

Maklumlah saya bukan jenis yang suka bermain dengan grafik. Walaupun minat, tapi memandangkan perlu ada 'otak seni', jarang sangat saya nak buat. 

Kalau melibatkan seni, saya paling suka fotografi. Ini pun salah satu kemahiran yang saya masih kurang mahir tapi kadang-kadang dapatlah gambar yang baik. :p
.

Ok berbalik pada poster saya ni, ada dapat komen, antaranya:
✔Tak seragam grafik dengan seorang lagi Tim.
✔Kurang menarik latar belakangnya
✔Susun atur yang nampak sedikit serabut
✔Font tulisan yang tidak berapa sesuai





Nak kata emosi 'jatuh' tu, adalah juga. Cuma tak pamerkan dengan nyata. Bak kata Puan Ainon "Kalau orang kritik, angguk-anggukkan saja. Iya kan saja. Jalan terus".
.

Jalan terus saya ni, saya jadikan positif untuk mencari gambar-gambar poster. Sebagai panduan supaya saya buat yang lagi baik.
.
.
.
.



Apa yang penting, KERJASAMA! ^_^