Monday, 20 June 2016

SOP : Senarai Nombor Di Sampul PosLaju

Entri 108

Teks & Foto : Munirah Yusoff



Siang tadi baru saja saya menerima satu bungkusan barang yang saya beli secara online.

Apa yang menariknya, ada ditulis nombor rujukan atau nombor giliran penerima di sampul pos laju. 

Saya rumuskan serba sedikit dari apa yang saya nampak:
  1. SCNS - merujuk kepada singkatan nama produk yang dijual.
  2. 149 - adalah nombor giliran pelanggan.
Senarai ini penting bagi penjual:
  1. Untuk menyimpan data pelanggan yang membeli.
  2. Untuk melihat berapa banyak jualan yang dibuat.
  3. Untuk melihat jika stok yang ada mencukupi atau melebihi paras permintaan.
  4. Untuk membuat kiraan untung rugi berdasarkan nombor giliran yang sudah membayar.

Walaupun ini nampak mudah, semoga ia menjadi panduan yang berguna. Insya Allah. ^_^
.


Sampul Duit Raya novel
SUNAN CINTA NAN SAKTI
(RAM)

Thursday, 16 June 2016

Penulisan Ringkas Dengan Reach Paling Tinggi

Entri 107

Teks & Foto: Munirah Yusoff


Sepanjang saya membuat posting  ringkas di 3 page ABS Beauty:

  1. Sekolah Bisnes Kecantikan
  2. Orked Spa
  3. NutreSkin
posting saya yang mendapat reach paling tinggi ialah di NutreSkin iaitu  7000++ dalam jangka masa 2 hari sahaja. 

===============================
Update:
Sehingga 25/6/2016, sudah mencapai 7626.
===============================



Hanya maklumat ringkas sahaja yang dikongsi, tetapi apabila ia dikongsi oleh beberapa orang, maka dari situ agak ramai juga yang sudah LIKE Page NutreSkin.

Tips yang saya pelajari melalui Kelas Asas Blog, saya cuba aplikasikan:
  1. Maklumat ringkas.
  2. Tulis dalam bentuk point.
  3. Faham apa yang ingin pembaca mahu tahu.
  4. Sentiasa membaca.


Saya tak pasti jika dapat saya buat begini lagi. Tapi sekurang-kurangnya, ini sebagai satu perkara yang boleh menaikkan semangat saya untuk terus menulis. ^_^

Tuesday, 14 June 2016

Blog Perakaunan : AlHuda Akaun

Entri 106

Teks: Munirah Yusoff


Ada rakan FB saya berkongsi mengenai satu blog perakaunan iaitu --- > Al Huda Akaun

Antara entri yang menarik perhatian saya ialah "MEMBUKA WARONG KOPI". Cerita bermula dari:

  1. Kisah Pak Hamid yang pandai memasak.
  2. Ingin membuka warong kopi dengan menyewa kedai secara bulanan.
  3. Hanya menjual minuman dan mengambil peluan dengan memberi sewa ruangan lain kepada orang.
  4. Menyenaraikan keperluan barang yang diperlukan oleh warong kopi Pak Hamid.
  5. Jumlah modal dan wang tunai yang diperlukan oleh Pak Hamid untuk membuka warong.
  6. Masalah yang timbul melalui perkiraan asas Pak Hamid tanpa mengambil kira kos-kos lain.
Ringkas dan padat untuk difahami. Walaupun blog ini hanya aktif tahun 2008, tapi sedikit sebanyak ilmu perakaunan tu, dapatlah juga untuk di hadamkan. :D 

InsyaAllah. Terima kasih kepada tuan punya blog.

Sistem Aliran Tunai

Entri 105

Teks: Munirah Yusoff
Foto : Sumber dari SelamatJamil.My


Saya ada terjumpa satu artikel di FB melalui SelamatJamil.My iaitu ---> SISTEM ALIRAN TUNAI

Apa yang menariknya, sistem ini bagus untuk kita faham aliran tunai bisnes kita, terutamanya bagi saya yang kurang pengalaman dalam pengurusan akaun bisnes.

Perkara penting yang perlu diambil kira ada didalam sistem ini ialah:

  1. Baki Awal
  2. Laporan Stok
  3. Jualan
  4. Belian
  5. Tunai Di Bank
  6. Tunai Di Tangan 
  7. Perbelanjaan
  8. Aliran Tunai

Walaupun saya cuma download Sistem Akaun Lite, di mana terdapat fungsi-fungsi yang tidak boleh di ubah, tapi setiap senarai yang ditunjuk adalah asas dan lengkap.

Baru nampak, banyak sebenarnya perkara yang kadang-kala saya ambil mudah.


 Sistem Akaun Lite oleh SelamatJamil.My ini boleh di download secara percuma disini
   ---> SISTEM ALIRAN TUNAI

Tuesday, 7 June 2016

Membuat Nota Untuk Copywriting

Entri 104

Teks & Foto : Munirah Yusoff



Hampir 2 minggu saya bertungkus-lumus mengambil sisipan majalah-majalah mengenai kecantikan untuk dijadikan nota pembacaan.

2 majalah utama ialah Mingguan Wanita dan Rapi. Majalah lain pula ialah:

  1. Hijabista
  2. Nona
  3. EH!
  4. Wanita
  5. Nur
  6. Dara
Mujur saya selalu beli majalah-majalah ini dan saya simpan. Mudah untuk saya merujuk perkara-perkara asas dan penting. Maklumlah, nak buat copywriting bukan senang kalau tak ada bahan bacaan yang lengkap.

Tebal juga bila dah masukkan dalam fail. Memang ambil masa untuk review  dan ringkasan. Tapi ini adalah cabaran untuk saya tingkatkan gaya penulisan yang baik.

InsyaAllah, makin lama makin banyak ilmu diperolehi dan dapat berkongsi dengan orang. ^_^

Friday, 3 June 2016

Senarai Page Facebook Mengenai Bisnes

Entri 103

Teks: Munirah Yusoff

Sejak saya mula berjinak-jinak dalam ABS Beauty, banyak juga saya ikuti page FB mengenai bisnes, terutamanya yang melibatkan ABS. Sebab untuk saya ikuti adalah untuk memahami:

  1. SOP
  2. Pengurusan Bisnes dan Akaun
  3. Persyarikatan - pembayaran cukai.
  4. Pendaftaran SSM dan LHDN.
  5. Pengurusan Kewangan.
  6. Branding 

Antara individu dan page FB yang saya ikuti:
  1. Mentor Pengurusan Bisnes Anda.
  2. Puan Maisuzeana Jusoh 
  3. Ungku Rohaiza
  4. Puan Ainon Mohd 
  5. Nadiah Yusoff
  6. Reni Bt Rahmat
  7. Hasbul 'Ariff
  8. Shahrizal Redwan
Seronok baca perkongsian mereka sebab bercerita tentang pengalaman bisnes yang mereka jalankan. Sekurang-kurangnya, maklumat-maklumat yang dikongsi boleh diaplikasikan mengikut kesesuaian kita.