Tuesday, 7 June 2016

Membuat Nota Untuk Copywriting

Entri 104

Teks & Foto : Munirah Yusoff



Hampir 2 minggu saya bertungkus-lumus mengambil sisipan majalah-majalah mengenai kecantikan untuk dijadikan nota pembacaan.

2 majalah utama ialah Mingguan Wanita dan Rapi. Majalah lain pula ialah:

  1. Hijabista
  2. Nona
  3. EH!
  4. Wanita
  5. Nur
  6. Dara
Mujur saya selalu beli majalah-majalah ini dan saya simpan. Mudah untuk saya merujuk perkara-perkara asas dan penting. Maklumlah, nak buat copywriting bukan senang kalau tak ada bahan bacaan yang lengkap.

Tebal juga bila dah masukkan dalam fail. Memang ambil masa untuk review  dan ringkasan. Tapi ini adalah cabaran untuk saya tingkatkan gaya penulisan yang baik.

InsyaAllah, makin lama makin banyak ilmu diperolehi dan dapat berkongsi dengan orang. ^_^

No comments:

Post a Comment